TEMA 2: PEMBANGUNAN DAN PENEROKAAN
BAB 11: PERKEMBANGAN INTELEKTUAL
11.1 Perkembangan Ilmu
Syed Muhammad Naquib al-Attas ® “ilmu ialah suatu
kebenaran yang sampai ke dalam roh atau jiwa manusia.”
- Ilmu yang benar ialah ilmu yang tidak mengingkari perintah Allah SWT.
- Mengikut Islam, orang yang berilmu ialah orang yang paling tinggi darjatnya.
- Sumber ilmu :
- Al-Quran
- Akal
- Alam
- Secara amnya, terdapat 2 ilmu utama:
Dari segi intelektual :
Kategori
|
Penerangan
|
Ilmu wahyu
|
Bersumberkan wahyu yg diturunkan kepada Rasulullah SAW dlm bentuk
ayat2 al-Quran
|
Ilmu kasbi
|
Diperoleh melalui pembelajaran atau pengalaman. Akal &
pancaindera sebagai medium.
|
Ilmu intuisi
|
[Hassan Langgulung] perpindahan sifat potensi ke alam nyata dalam
bentuk lompatan intelektual yang cepat tanpa memerlukan usaha yang keras,
susah payah dan pelajaran tetapi menerusi deria batin atau disebut keserasian
hati, partisipati rohaniah atau rasa rohani.
|
Ilmu ilham
|
[golongan tasawuf] mengetahui perkara-perkara aqliyah (akal) yang
mujarrad (abstrak)
|
Ilmu laduni
|
Ilmu yang dianugerahkan oleh Allah SWT secara langsung.
Eg. Fizik, kimia, matematik etc
|
Ilmu akal
|
Akal = kelebihan dan keistimewaan yang dianugerahkan oleh Allah SWT
kepada manusia.
Akal membezakan antara manusia & haiwan
Akal yang sempurna dapat melihat kewujudan dan kebesaran Allah SWT
Akal merangkumi pengetahuan manusia tentang dirinya, alam sekitar,
sejarah manusia dan masyarakat
|
Ilmu makrifat
|
Ilmu yang dicapai oleh manusia melalui pancaindera yang keenam.
Eg. Ibu dapat rasa anak ditimpa kemalangan
|
Ilmu hakikat
|
[golongan tasawuf] ilmu yang paling tinggi tahapnya
|
Ilmu daruri
|
Ilmu yang bersandarkan al-Quran dan hadis
Eg. Fiqah, tauhid, kalam, usuluddin, syariah, tasawuf
|
Perkembangan Ilmu Naqli dan Aqli Zaman Kerajaan Abbasiyah
(Abad Ke-11 hingga 13)
- Perkembangan intelektual sememangnya sinonim dengan kerajaan Abbasiyah terutama semasa pemerintahan Khalifah Harun al-Rasyid dan puteranya, al-Makmun.
- Perkembangan intelektual (ilmu aqli & naqli) tetap berlaku walaupun kerajaan Abbasiyah berada pada era kemerosotan dan dikuasai golongan Bani Buwaih dan golongan Seljuk.
Ilmu aqli dan naqli alami perkembangan pesat berikutan
kelahiran ramai tokoh2 yang unggul seperti :
- Al-Farabi (b.falsafah)
- Ibnu Sina (b.falsafah)
- Al-Biruni (b.falsafah)
- Ibnu Miskawayh – kuasai ilmu falsafah dan sejarah
- Al-Nasawi - matematik, perkenalkan huruf (angka) india di wilayah Arab
- Al-Istakhri (menjelang abad ke-11) :
- Falsafah
- Ilmu pelayaran
- Ilmu bumi
- Pada zaman kekuasaan Bani Seljuk (1055-1199), perkembangan ilmu aqli dan naqli agak ketara kerana :
Terdirinya :
- Universiti Nizamiyah
- Universiti Hanafiah
- Cawangan2 Universiti Nizamiyah pada setiap kota di Iraq dan Khurasan
- Penubuhan institusi ini penting untuk melahirkan ramai cendekiawan Islam dalam ilmu aqli dan naqli.
Contohnya :
- Al-Zamakhsyari muncul sebagai penulis yang hebat dalam bidang tafsir dan usuluddin
- Al-Ghazali (Hujjatul al-Islam)
Karya :
- Aqli – Tahafut al-Falasifah (bidang falsafah)
- Naqli – Ihya’ Usuluddin (bidang usuluddin) Membincangkan pelbagai aspek pengetahuan, tatacara, kaedah ilmu dan akhlak yang menjadi contoh kepada umat Islam.
Umar al-Khayyam –
- Falsafah, al-gebra dan geometri, baiki sistem takwim atas arahan Malik Shah.
- peranan pentadbir yang gemar mendampingi para ulama (orang yang berilmu)
Perkembangan Ilmu Naqli dan Aqli Zaman Kerajaan Umayyah di
Andalus (Abad Ke-11 hingga 13)
- [Abad ke-11] Kemunculan beberapa buah kerajaan kecil di Andalus, sekaligus menandakan bermulanya era kemerosotan Kerajaan Umayyah.
- Antara kerajaan yang muncul = Mulukal-Tawa’if, kerajaan al-Murabitun, kerajaan al-Muwahhidun dan kerajaan Bani al-Amar (Nasriyyah)
- Ketika kemerosotan Kerajaan Umayyah, perkembangan ilmu Aqli dan Naqli tetap berlaku ekoran kemunculan para cendekiawan Islam pada masa itu.
- Antara tokoh – tokoh terkemuka :
Ilmu Naqli
1. Ibnu Hazm (al-Zahiri)
“bahasa al-Quran ialah bahasa yang dicipta oleh Allah SWT untuk
manusia dan manusia boleh memahami dan mempelajarinya”
Karya :
|
2. Abu Asim
Karya :
|
3. Ibnu Abd al-Barr (Ulama hadis terkenal)
Karya :
|
4. Muhyidin Ibnu Arabi
Karya :
|
5.Qadi Iyad [abad ke-13]
Karya :
|
Ilmu Aqli
Ibnu Tufail
“walaupun falsafah agama adalah benar, tetapi ia tidak boleh
digunakan secara langsung untuk membimbing urusan dan kehidupan rakyat biasa”
|
Ibnu Bajjah (dalam tamadun barat dikenali sebagai Avenpace)
|
Ibnu Rusyd
|
11.2 Sumbangan Tokoh-tokoh Intelektual Islam
Al-Khawarizmi ( اَلْخْوَارِزْمِ )
Latar belakang
|
Mufatih al-Ulum’
Berkaitan sistem nombor
Diterjemahkan ke bahasa Latin, De Numero Indorum
Al-Mukhtasar fi Hisab al-Jabr wa al-Muqabalah
Berkaitan algebra
Diterbit pada tahun 820 M
Al-Jabr wa al-Muqabalah
Berkaitan algebra
Menjelaskan tentang penggunaan secans dan tangens dalam penyelidikan
astronomi dan trigonometri
Diterjemahkan ke bahasa Latin pada abad ke-12
Al-Jami wa al-Tafsir bi Hisab al-Hind
Diterjemah ke bahasa Latin oleh Prince Boniopagri
Hisab al-Jabr wa al-Muqabalah
Mengandungi 800 buah soalan matematik
|
Bidang Matematik
|
|
Pengiktirafan pemerintah
|
Memperkenalkan sistem nombor
|
Mempelopori ilmu algebra
|
Mencipta ilmu-ilmu baharu
|
Penyelesaian permasalahan harta pusaka
|
Bidang geometri dan trigonometri
|
BIDANG ASTRONOMI
- Al-Khawarizmi dinobat sebagai Ahli Falak Diraja ketika pemerintahan Khalifah al-Ma’mun (kerajaan Abbasiyah) di atas sumbangan dan kajian yang telah dijalankan.
- Merupakan tokoh pertama yang menyediakan takwim Islam (Zij al-Sindhind) yang berdasarkan astronomi India.
- Dalam takwim tersebut terdapat jadual kedudukan matahari, bulan dan planet-planet.
- Turut mengkaji pelbagai aspek astronomi dari sudut gerhana sehingga fasa-fasa bulan.
- Memperkemaskan semula ilmu astronomi pada ketika itu
- Membetulkan pelbagai pandangan Ptolemy
- Menghasilkan peta dunia pertama yang telah diterokai pada zaman itu.
- Menghitung isipadu dan ukur lilit bumi
- Mencipta alat penentu kedudukan bintang, sukat masa dan jam matahari.
- Menghasilkan 2 makalah tentang astronomi semasa bertugas di balai cerap.
- Makalah pertama adalah mengenai alat yang diperbuat dari batu marmar yang dikenali sebagai “ruhkamat” dan digunakan untuk menentukan waktu solat, berdasarkan perubahan bayang-bayang sesuatu benda dalam bulatan, mulai terbit matahari hingga tenggelam matahari.
- Makalah kedua adalah mengenai alat ukuran astronomi yang dikenali sebagai astrolab.
- Ilmu al-jabar juga berperanan dalam penciptaan pelbagai alat pelayaran seperti kuadran (menyukat sudut dan altitud) dan astrolab (mengukur waktu, ketinggian gunung dan kedalaman perigi.
Ibnu Sina
Latar belakang
|
|
Sumbangan Ibnu Sina
Bidang perubatan
Pengiktirafan dan penghargaan
|
Penghasilan karya teragung, (al-Qanun fi al-Tibb / The Canon of
Medicine)
|
Penghasilan ensiklopedia perubatan
|
Teori atanomi dan fisiologi
|
Impak penyelidikan yang dilakukannya
|
Memperkembangkan ilmu psikologi
|
Imam al-Ghazali
Latar belakang
|
Nama sebenar : Muhammad bin Muhammad at-Thusi al-Imam Abu Hamid
al-Ghazali
Dilahirkan : di Thus pada tahun 1058
Antara gurunya :
|
Imam al-Ghazali merupakan individu pertama yang
mengklasifikasikan semula ilmu falsafah kepada 6 bahagian :
Ilmu falsafah
|
Penerangan (menurut imam al-ghazali)
|
Ilmu Matematik
|
Berkaitan ilmu hisab dan kejuruteraan. Ilmu ni tak berkaitan dengan
perbahasan dari sudut agama.
|
Ilmu Mantik
|
Berkaitan dengan logik akal dan cara akal sebagai agen penyusun
hujah-hujah yang dikemukakan.
|
Ilmu Fizik
|
Berkaitan kajian alam, langit, bintang-bintang, air, udara dan alam
seluruhnya.
|
Ilmu Ketuhanan
|
Mengkaji aspek ketuhanan dari perspektif akal.
Ilmu ini didasari oleh perbincangan mantik dan logik.
Menurut imam al-ghazali, ilmu ini tersimpang daripada falsafah
ketuhanan yang sebenar.
|
Ilmu Siasah
|
Perkara yang berkaitan dengan unsure-unsur keduniaan yang dapat
membantu manusia menjalani kehidupan seharian dengan lebih baik.
|
Ilmu Akhlak
|
Berkaitan cara seseorang menjalani kehidupan seharian dengan sikap
dan peribadi yang mulia.
|
- Metodologi yang diasaskan oleh Imam al-Ghazali adalah lebih jelas dan terperinci.
- Karya dalam bidang falsafah :
|
- Dalam salah satu penulisannya, Abu Hassan al-Nadawi menyifatkan Imam al-Ghazali sebagai seorang yang istimewa.
- Imam al-Ghazali berjaya menyelamatkan akidah umat Islam daripada direntap oleh fahaman falsafah ketuhanan Yunani yang bertentangan dengan akidah Islam.
- Gelaran Hujjatul Islam (pembela Islam) yang diberikan kepadanya adalah amat tepat kerana beliau mampu memanfaatkan ilmu yang dipelajari daripada tokoh-tokoh ulama dan beliau bijak berhujah dengan mengemukakan pandangan-pandangan yang bernas.
SUMBANGAN IMAM AL-GHAZALI DALAM BIDANG ILMU KALAM
- Beliau telah mengarang begitu banyak penulisan dalam ilmu kalam. Dalam penulisannya, beliau banyak mematahkan hujah-hujah dari pihak lawan yang dilihat agak keterlaluan semasa membahaskan isu-isu yang timbul daripada perbincangan ilmu kalam.
- Ilmu kalam berkembang bagi mempertahankan akidah ahli sunnah. Sebagaimana yang terdapat dalam al-Irsyad, iaitu salah satu kitab karangan Imam al-Haramain (guru Imam al-Ghazali)
- Ada disebut dalam sejarah, Imam al-Ghazali tidak menyukai majlis-majlis perdebatan berkaitan dengan ilmu kalam. Jika dijemput, beliau hanya berdebat menggunakan metadologi Rasulullah s.a.w dan para sahabat dengan berpaksikan al-Quran dan sunnah sahaja. Hal ini kerana beliau berpendapat tanpa 2 sumber utama itu akan menambahkan kerisauan dan kecelaruan dalam masyarakat pada ketika itu.
- Dalam kitabnya Ihya’ Ulumuddin, ketika membincangkan berkaitan teori dan konsep ilmu, Imam al-Ghazali tidak meletakkan ilmu kalam sebagai satu ilmu yang bermanfaat kepada masyarakat. Beliau menganggap sesiapa yang keterlaluan membincangkan isu-isu berkaitan dengan sifat Allah SWT dan perbuatan Allah SWT adalah termasuk dalam golongan orang yang melakukan bidaah di dalam Islam.
- Beliau berkata ilmu kalam tidak bermanfaat kepada manusia kerana :
- Ilmu ini tersimpang jauh drpd matlamatnya yg utama iaitu mengenal Allah SWT.
- Perbincangan ahli ilmu kalam terlalu jauh sehingga menyimpang daripada apa yang dibincangkan oleh para ulama.
SUMBANGAN IMAM AL-GHAZALI DALAM BIDANG TASAWUF
- Apabila menjadi ahli sufi, imam al-Ghazali berusaha membersihkan taswuf daripada perkara-perkara khurafat dan amalan yang terkeluar daripada ajaran agama Islam yang sebenar.
- Guru beliau dalam bidang tasawuf : al-Junaid dan al-Muhasibi
- Apabila mengetahui masyarakat melakukan kesalahan dalam bidang tasawuf, beliau melemparkan kritikan yang bertujuan untuk membetulkan kesalahan dan menghalang daripada penyelewengan yang boleh mencemarkan kemurnian Islam.
- Karya termasyhur beliau dalam bidang tasawuf : Ihya’ Ulumuddin
- Telah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu, Parsi, Urdu, Inggeris dan Perancis.
- Menjadi sumber rujukan para ulama di rantau Alam Melayu.
- Kehadiran kitab ini memberikan implikasi yang besar dalam pengajian tasawuf
- Imam al-Ghazali telah memurnikan semula ilmu tasawuf daripada kesesatan dan bidaah.
Ibnu Khaldun
Latar belakang
|
Ayah Ibnu Khaldun merupakan seorang ulama, ahli bahasa dan pemerintah
angkatan tentera.
Sifat :
|
Sumbangan Ibnu Khaldun
SUMBANGAN IBNU KHALDUN DALAM BIDANG PENSEJARAHAN
1. Ibnu Khaldun memperluaskan ruang lingkup kajian sejarah dengan
melihat sejarah dalam konteks yang lebih luas, iaitu melalui perubahan-perubahan
sosial yang berlaku dalam sesuatu masyarakat seperti yang diterangkan di
dalam al-Muqaddimah.
|
2. Al-Muqaddimah merupakan karya agung dalam bidang pensejarahan bagi
memahami corak perubahan organisasi politik dan sosioekonomi. Karya beliau
memberikan suatu konsep sejarah yang merangkumi keseluruhan kegiatan manusia.
|
3. Karya ini memaparkan suatu prinsip asas dalam pengkajian sejarah,
iaitu hukum-hukum yang menguasai proses perubahan-perubahan sesuatu
masyarakat manusia seperti hubungan antara sebab dan akibat.
|
4. Mengikut konsepsi sejarah Ibnu Khaldun, ruang lingkup sejarah telah
diperluaskan. Motif dan cita-cita seorang individu haruslah dikaji dengan
sifat dan keadaan social yang dipengaruhi oleh persekitarannya. Ini bermaksud
ruang lingkup sejarah merangkumi aspek-aspek geografi dan sosiologi.
|
5. Sumbangan Ibnu Khaldun
dalam bidang teori dan pendekatan
sejarah semakin jelas apabila ia memperkenalkan konsep pendekatan
multidisciplinary dengan kajian sejarah dibantu oleh sosiologi dan geografi.
Oleh sebab itu, Ibnu Khaldun dianggap sebagai pengasas pensejarahan dan
sosiologi moden.
|
6. Beliau merupakan ahli sejarah pertama mengkaji segala aspek kehidupan
sosial orang Islam dan melihat sejarahnya daripada perspektif sosiologi
masyarakat yang dapat memberikan keterangan-keterangan yang relevan kepada
semua tindakan sosial manusia. Hal ini menunjukkan kepentingan sikap kritis
yang Berjaya menggabungkan pelbagai disiplin dalam pengkajian sejarah.
|
7. Ibnu Khaldun diiktiraf oleh pengkaji dan pemikir sebagai tokoh
sarjana dan sejarawan yang mengatasi sejarawan terkenal sebelumnya seperti
al-Tabari dan al-Mas’udi. Teori pensejarahan Ibnu Khaldun dikembangkan oleh
ahli sejarah Barat melalui penterjemahan al-Muqaddimah.
|
SUMBANGAN IBNU KHALDUN DALAM BIDANG KEBUDAYAAN
- Ibnu Khaldun merupakan seorang penggiat budaya & kesusasteraan Arab. Beliau berguru dengan Syeikh Muhammad Bahr di Tunisia bagi menajamkan kemahiran bersyairnya
- Banyak hasilkan syair sejak kanak-kanak lagi.
- Kemahiran terserlah apabila beliau berbahas mengenai syair Arab dalam kitab al-Muqaddimah.
SUMBANGAN IBNU KHALDUN DALAM BIDANG ILMU DAN PEMIKIRAN ISLAM
- Ibnu khaldun banyak meninggalkan sumbangan yang bernilai kepada tamadun manusia. Beliau berpendapat bahawa sesebuah tamadun tertegak di atas hasil kombinasi antara keunggulan rohani dan jasmani.
- Beliau merupakan pelopor kepada pemikiran-pemikiran moden khususnya dalam bidang sejarah, politik, ekonomi, sosiologi dan pendidikan.
- Kejayaan Ibnu Khaldun mendorong para sarjana mengiktiraf karya beliau sebagai bahan kajian dan rujukan dalam bidang-bidang tersebut.
- Sanjungan terhadap beliau berterusan hingga ke hari ini. Pemikiran beliau sering dijadikan wacana, tema-tema seminar, bengkel dan persidangan ilmiah serta judul-judul buku dan tesis pada peringkat pengajian tinggi.
- Sebuah anugerah ilmiah yang berprestij dinamakan sempena nama beliau, iaitu The Khaldun Chair of Islamic Studies di Universiti Amerika, Washington DC. Nama Ibnu Khaldun diabadikan di sebuah universiti terkemuka di Jakarta, Indonesia iaitu Universiti Ibnu Khaldun.
SUMBANGAN IBNU KHALDUN DALAM BIDANG EKONOMI
No comments:
Post a Comment