Pages

Saturday, May 17, 2014

Kata Kunci Graf

Macam mana nak kenal pasti graf apa yang kena buat? Apa kata kuncinya? I tak tauuu sob sobs. 

Cemni haa, meh I ajar.

1. Graf Bar Kompaun

  • menunjukkan nilai
  • menunjukkan bilangan
kredit

2. Graf Bar Komponen

  • menunjukkan jumlah
kredit

3. Graf Garis Kompaun

  • menunjukkan pola/aliran/kadar/indeks
kredit

4. Graf Garis Komponen

  • menunjukkan jumlah.......bagi tahun.......
kredit

5. Graf Gabungan (Bar dan garis)

  • menunjukkan kuantiti pengeluaran dan jumlah
kredit


6. Graf Bar Piramid/Berpasangan/Cermin Kompaun

  • menunjukkan bilangan
  • terdapat 3 elemen dalam satu soalan. contoh:
"...menunjukkan perangkaan projek perumahan negara yang sakit dan terbengkalai di negeri-negeri terpilih di Semenanjung Malaysia pada tahun 2008 hingga 2010."

kredit

7. Graf Bar Piramid/Berpasangan/Cermin Komponen

  • menunjukkan jumlah
  • ada negatif
"...menunjukkan jumlah enrolmen di institusi pengajian tinggi kerajaan dan bantuan kerajaan dalam tempoh yang dinyatakan."

kredit

8. Graf Bar Sonsang/Memesong

  • menunjukkan peratusan perubahan/perubahan/perubahan peratusan
  • kompaun tapi ada negatif
kredit

9. Carta Pai Tunggal

  • menunjukkan perbelanjaan kerajaan.
kredit

10. Carta Pai Berbanding

  • menunjukkan perbandingan peruntukan pembangunan antara tahun yang dinyatakan
kredit

11. Carta Pai Bertingkat/Tong

  • menunjukkan komponen eksport barangan dan komponen pengimport barangan 
  • menunjukkan jumlah pelajar serta kursus yang ditawarkan

kredit

Friday, May 16, 2014

Alat Dasar Fiskal : Pemantap Automatik

Dalam buku yang kitorang gunakan dalam kelas, tak ada benda ni tapi dekat buku lain ada. Cikgu aku yang baik hati photostatkan untuk kitorang so boleh la jawab kalau soalan keluar pasal benda ni. So I thought I should share this with the world too. 

Semoga bermanfaat :-)


  1. Pemantap automatik adalah sebahagian daripada dasar fiskal budi bicara yang dijalankan oleh kerajaan bagi membantu mencapai kestabilan ekonomi negara. Ia memainkan peranan yang kecil sahaja dalam membantu dasar fiskal yang lain supaya tingkat kegiatan ekonomi yang stabil dapat dicapai.
  2. Sesungguhnya, peranan pemantap automatik adalah untuk mengurangkan naik turun tingkat kegiatan ekonomi. Misalnya, dalam masa kemelesetan, pemantap automatik dapat mengurangkan masalah kemelesetan supaya keadaan tidak menjadi terlalu teruk. Sebaliknya jika ekonomi sedang mengalami perkembangan yang terlalu pesat, maka pemantap automatik akan mengurangkan kepesatan perkembangan ekonomi tersebut.
  3. Contoh pemantap automatik :
a) Cukai progresif dan cukai sebanding.
  • Cukai yang berubah mengikut tingkat pendapatan. Semakin tinggi tingkat pendapatan, maka semakin banyak cukai yang perlu dibayar.
  • Sebaliknya semakin kurang pendapatan yang diperoleh, maka semakin kurang cukai yang perlu dibayar.
  • Dalam masa inflasi, cukai progresif dan cukai sebanding akan mengurangkan pendapatan boleh guna masyarakat. Ini akan mengurangkan masalah inflasi tarikan permintaan.
  • Sebaliknya dalam masa kemelesetan, pendapatan masyarakat adalah rendah. Oleh yang demikian, cukai yang dibayar oleh pengguna menjadi semakin berkurangan. Ini bererti pendapatan boleh guna masyarakat kurang terjejas. Oleh itu, pengurangan perbelanjaan agregat dapat dikurangkan. Keadaan ini dapat mengurangkan kadar pengangguran. 
b) Bayaran pindahan kerajaan.
  • Contoh bayaran pindahan kerajaan ialah elaun pengangguran yang diberikan oleh kerajaan kepada penganggur. Dalam masa inflasi tarikan permintaan, jumlah penganggur adalah kurang. Oleh itu, bayaran elaun pengangguran turut berkurangan. Sesungguhnya pengurangan elaun tersebut akan mengurangkan permintaan agregat yang seterusnya dapat mengurangkan inflasi yang terjadi.
  • Sebaliknya dalam masa kemelesetan ekonomi, bilangan penganggur akan bertambah. Oleh itu, bayaran elaun pengangguran turut ditambah oleh kerajaan. Sesungguhnya tambahan elaun tersebut dapat meningkatkan permintaan agregat. Akibatnya, masalah kemelesetan akan dapat dikurangkan.
c) Dasar harga.
  • Semasa inflasi, kerajaan boleh melaksanakan dasar harga maksimum bagi membendung kenaikan harga. Dasar harga maksimum ialah satu dasar kerajaan menetapkan harga yang lebih rendah daripada harga keseimbangan di pasaran.
  • Sebaliknya semasa kemelesetan, kerajaan boleh melaksanakan dasar harga minimum bagi membendung kejatuhan harga barang. Hal ini boleh mengurangkan sedikit keadaan kemelesetan yang berlaku. Dasar harga minimum ialah satu dasar kerajaan menetapkan harga yang lebih tinggi daripada harga keseimbangan di pasaran.
4. Sebenarnya pemantap automatik bukanlah bertujuan untuk mengawal kestabilan ekonomi negara, tetapi ia mempunyai tujuan-tujuan yang lain. Misalnya, cukai sebanding dan cukai progresif yang dilaksanakan bertujuan untuk menyamaratakan jurang agihan pendapatan di kalangan masyarakat.

5. Walau bagaimanapun, pemantap automatik mempunyai beberapa kelemahan. Antaranya ialah semasa inflasi atau pengangguran, pemantap automatik tidak dapat mengatasi masalah tersebut. Pemantap automatik hanya dapat mengurangkan masalah tersebut tetapi ia tidak dapat menstabilkan tingkat kegiatan ekonomi.

6. Dengan demikian, pemantap automatik bukanlah satu dasar fiskal yang utama yang digunakan untuk menstabilkan naik turun tingkat kegiatan ekonomi dari semasa ke semasa. Oleh itu, satu dasar fiskal yang lebih berkesan akan digunakan. Dasar fiskal itu disebut sebagai dasar fiskal diskresioner atau dasar fiskal budi bicara. 

Soalan Bahasa Melayu STPM Penggal 2

Tadi cikgu aku ada bagi 2 soalan yang mencabar minda. Cubalah jawab yaa :-D

1. Ayat mana FA berfungsi sebagai subjek?

a. Biru laut menawan hatinya.
b. Pintar sungguh adiknya.
c. Meriah benar majlis itu.


2. Ayat ini pasif atau ayat aktif tak transitif?

Orang tua itu kemalangan pada petang semalam.

.............................................................................Jawapan......................................................................

1. Jawapan : a

Cikgu aku kata kalau keluar soalan macam ni. Mula-mula kena normalkan dia. Maksudnya, kalau ayat tu ayat sonsang, jadikan ia ayat susunan biasa. So...

a. Biru laut menawan hatinya.
b. Adiknya sungguh pintar.
c. Majlis itu meriah benar.

Dari sini kita dapat lihat bahawa Biru laut (FA) tu jadi subjek kepada ayat berkenaan. 

2. Jawapan : Ayat pasif berimbuhan ke-...-an!!

Sebabnya orang tua tu yang kena kemalangan. Orang tua tu bukannya pelaku kepada kemalangan tersebut. Since 'Orang tua' berada di depan, jadi terbuktilah bahawasanya ayat ini ialah ayat pasif.



Gambar Seni Bina di Granada



Sierra Nevada National Park. Ni aku tengok dekat Google Map Streetview. Cool gila baq hang!
Gereja Toledo
Istana al-Hambra'
Istana al-Hambra'
Banjaran Sierra Nevada




Thursday, April 10, 2014

Kata

Kata ialah bentuk bahasa yang mengandungi makna atau fungsi tatabahasa.

Contoh Kata Akar (perlu bergabung dengan kata lain untuk ada makna) :
1. tapa
2. tani

Contoh Kata Dasar (kata yang jadi dasar bagi sesuatu perkataan) :
1. tani
2. lapar
3. bangun
3. tidur
4. cantik
5. gentar

Contoh Kata Terbitan (kata yang ada imbuhan) :
1. pembangunan
2. menidurkan
3. kecantikan
4. gementar

Fungsi imbuhan :
1. Mengubah golongan kata. Contohnya, bangun ialah Kata Kerja tetapi apabila diberi imbuhan pem-...-an, jadi pembangunan iaitu Kata Nama.




Thursday, February 27, 2014

Hubungan PFbLN dengan KNK dan KDNK

Kena ingat ya adik-adik manis...

Sekiranya pendapatan faktor yang diterima dari luar negeri melebihi pembayaran faktor ke luar negeri, maka nilai PFbLN adalah positif dan nilai KNK akan melebihi KDNK.

PFbLN positif --> KNK > KDNK

Sebaliknya, sekiranya pembayaran faktor ke luar negeri melebihi pendapatan faktor dari luar negeri, maka nilai PFbLN adalah negatif dan nilai KNK akan lebih kecil daripada nilai KDNK

PFbLN --> KNK < KDNK

Friday, February 14, 2014

Perkembangan Intelektual dalam Sejarah Islam

TEMA 2: PEMBANGUNAN DAN PENEROKAAN
BAB 11: PERKEMBANGAN INTELEKTUAL

11.1 Perkembangan Ilmu 


Syed Muhammad Naquib al-Attas ® “ilmu ialah suatu kebenaran yang sampai ke dalam roh atau jiwa manusia.”
  • Ilmu yang benar ialah ilmu yang tidak mengingkari perintah Allah SWT.
  • Mengikut Islam, orang yang berilmu ialah orang yang paling tinggi darjatnya.
  • Sumber ilmu :

  1. Al-Quran
  2. Akal
  3. Alam


  • Secara amnya, terdapat 2 ilmu utama:



Dari segi intelektual :

Kategori
Penerangan
Ilmu wahyu
Bersumberkan wahyu yg diturunkan kepada Rasulullah SAW dlm bentuk ayat2 al-Quran

Ilmu kasbi
Diperoleh melalui pembelajaran atau pengalaman. Akal & pancaindera sebagai medium.

Ilmu intuisi
[Hassan Langgulung] perpindahan sifat potensi ke alam nyata dalam bentuk lompatan intelektual yang cepat tanpa memerlukan usaha yang keras, susah payah dan pelajaran tetapi menerusi deria batin atau disebut keserasian hati, partisipati rohaniah atau rasa rohani.

Ilmu ilham
[golongan tasawuf] mengetahui perkara-perkara aqliyah (akal) yang mujarrad (abstrak)

Ilmu laduni
Ilmu yang dianugerahkan oleh Allah SWT secara langsung.
Eg. Fizik, kimia, matematik etc

Ilmu akal
Akal = kelebihan dan keistimewaan yang dianugerahkan oleh Allah SWT kepada manusia.
Akal membezakan antara manusia & haiwan
Akal yang sempurna dapat melihat kewujudan dan kebesaran Allah SWT
Akal merangkumi pengetahuan manusia tentang dirinya, alam sekitar, sejarah manusia dan masyarakat

Ilmu makrifat
Ilmu yang dicapai oleh manusia melalui pancaindera yang keenam.
Eg. Ibu dapat rasa anak ditimpa kemalangan

Ilmu hakikat
[golongan tasawuf] ilmu yang paling tinggi tahapnya

Ilmu daruri
Ilmu yang bersandarkan al-Quran dan hadis
Eg. Fiqah, tauhid, kalam, usuluddin, syariah, tasawuf


Perkembangan Ilmu Naqli dan Aqli Zaman Kerajaan Abbasiyah (Abad Ke-11 hingga 13)
  • Perkembangan intelektual sememangnya sinonim dengan kerajaan Abbasiyah terutama semasa pemerintahan Khalifah Harun al-Rasyid dan puteranya, al-Makmun.
  • Perkembangan intelektual (ilmu aqli & naqli) tetap berlaku walaupun kerajaan Abbasiyah berada pada era kemerosotan dan dikuasai golongan Bani Buwaih dan golongan Seljuk.

Ilmu aqli dan naqli alami perkembangan pesat berikutan kelahiran ramai tokoh2 yang unggul seperti :

  • Al-Farabi (b.falsafah)
  • Ibnu Sina (b.falsafah)
  • Al-Biruni (b.falsafah)
  • Ibnu Miskawayh – kuasai ilmu falsafah dan sejarah
  • Al-Nasawi - matematik, perkenalkan huruf (angka) india di wilayah Arab
  • Al-Istakhri (menjelang abad ke-11) :
  1. Falsafah
  2. Ilmu pelayaran
  3. Ilmu bumi

  • Pada zaman kekuasaan Bani Seljuk (1055-1199), perkembangan ilmu aqli dan naqli agak ketara kerana :

Terdirinya :
  1. Universiti Nizamiyah
  2. Universiti Hanafiah
  3. Cawangan2 Universiti Nizamiyah pada setiap kota di Iraq dan Khurasan

  • Penubuhan institusi ini penting untuk melahirkan ramai cendekiawan Islam dalam ilmu aqli dan naqli.

Contohnya :
  1. Al-Zamakhsyari muncul sebagai penulis yang hebat dalam bidang tafsir dan usuluddin
  2. Al-Ghazali (Hujjatul al-Islam) 

Karya :
  1. Aqli – Tahafut al-Falasifah (bidang falsafah)
  2. Naqli – Ihya’ Usuluddin (bidang usuluddin)                                                                                   Membincangkan pelbagai aspek pengetahuan, tatacara, kaedah ilmu dan akhlak yang menjadi contoh kepada umat Islam.
Umar al-Khayyam
  1. Falsafah, al-gebra dan geometri, baiki sistem takwim atas arahan Malik Shah.
  2. peranan pentadbir yang gemar mendampingi para ulama (orang yang berilmu)
Perkembangan Ilmu Naqli dan Aqli Zaman Kerajaan Umayyah di Andalus (Abad Ke-11 hingga 13)
  • [Abad ke-11] Kemunculan beberapa buah kerajaan kecil di Andalus, sekaligus menandakan bermulanya era kemerosotan Kerajaan Umayyah.
  • Antara kerajaan yang muncul = Mulukal-Tawa’if, kerajaan al-Murabitun, kerajaan al-Muwahhidun dan kerajaan Bani al-Amar (Nasriyyah)
  • Ketika kemerosotan Kerajaan Umayyah, perkembangan ilmu Aqli dan Naqli tetap berlaku ekoran kemunculan para cendekiawan Islam pada masa itu.
  • Antara tokoh – tokoh terkemuka :

Ilmu Naqli

1. Ibnu Hazm (al-Zahiri)
  • Menghasilkan kitab-kitab fikah
  • Mendalami ilmu hadis
  • Mengemukakan satu aliran teologi baharu berdasarkan pengalamannya

“bahasa al-Quran ialah bahasa yang dicipta oleh Allah SWT untuk manusia dan manusia boleh memahami dan mempelajarinya”

Karya :
  • Al-Muhalla
  • Al-Ahkam li Usul al-Ahkam
  • Risalah fi Usul al-Fiqh
  • Al-Fasl fi al-Milal wa al-Nihal

2. Abu Asim

Karya :
  • Al-Tuhfah (persembahan)


3. Ibnu Abd al-Barr (Ulama hadis terkenal)

Karya :
  • Al-Isti’ab li Sahabah
  • Pendedahan dan kecemerlangan ilmu tentang hadis dan ulama hadis serta konsep ilmu menurut islam.

4. Muhyidin Ibnu Arabi

  • Ulama sufi yang terkenal
  • Bidang tasawuf
  • Terkenal dengan fahaman Wahdatul Wujud

Karya :
  • Al-Futuhat al-Makkiyah

5.Qadi Iyad [abad ke-13]
  • Terkenal dalam bidang hadis, fikah & sejarah
  • Berjaya menghasilkan 20 buah kitab berkenaan bidang-bidang tersebut

Karya :
  • Al-Syafa bi Ta’rif Huquq al-Mustaffa (puji-pujian terhadap Nabi Muhammad SAW, akhlak & mukjizat baginda)




Ilmu Aqli

Ibnu Tufail
  • Ahli falsafah yang unggul
  • Karyanya telah diterjemah ke dalam bahasa Latin, Belanda, Inggeris, Jerman dan Perancis
  • Karya :

  1. Hayy Ibn Yaqzan (memaparkan aliran2 pemikiran sezaman menerusi kisah)

“walaupun falsafah agama adalah benar, tetapi ia tidak boleh digunakan secara langsung untuk membimbing urusan dan kehidupan rakyat biasa”
Ibnu Bajjah (dalam tamadun barat dikenali sebagai Avenpace)
  • Komentator karya2 Aristotle
  • Ahli muzik dan fizik
  • Guru kepada Ibnu Tufail
  • Dianggap setaraf dengan Ibnu Rusyd, Ibnu Sina dan al-Farabi
  • Minatnya tertumpu kepada idea & pemikiran serta aspek2 kemanusiaan
  • Menumpukan kajian tentang bentuk2 kerohanian dan idea2 yang terdapat dalam pemikiran manusia
  • Karya :

  1. Tadbir al-Mutawahhid
Ibnu Rusyd
  • Pengaruhnya yang luas menyebabkan muncul aliran falsafah di Eropah yang dikenali dengan nama Averoisme 
  • Berusaha mengharmonikan antara falsafah dengan agama
  • Karya :

  1. Tahafut al-Tahafut (mengandungi jawapannya terhadap ‘serangan’ al-Ghazali dan ulasannya terhadap karya2 Aristotle)
  2. Al-Kulliyat fi al-Tibb (bidang perubatan, telah menjadi rujukan berabad-abad lamanya di Eropah)


11.2 Sumbangan Tokoh-tokoh Intelektual Islam

Al-Khawarizmi ( اَÙ„ْØ®ْÙˆَارِزْÙ…ِ )
Latar belakang
  • Nama sebenar : Abu Abdullah Muhammad bin Musa al-Khawarizmi
  • Di barat dikenali sebagai al-Khawarizmi, al-Cowarizmi, al-Ahawizmi, al-Karismi, al-Goritmi dan al-Gorismi
  • Gelaran al-Khawarizmi diberi bersempena tempat kelahirannya, Khiva (daerah Khwarezm, selatan Laut Aral, Uzbekistan)
  • Dilahirkan pada tahun 780 M
  • Meninggal dunia pada tahun 850 M
  • Berpengetahuan luas dalam bidang:

  1. Falsafah
  2. Logik
  3. Aritmetik & Geometri
  4. Astronomi
  5. Muzik
  6. Kejuruteraan
  7. Sejarah Islam
  8. Kimia
  9. Geografi

  • Semasa pemerintahan Khalifah al-Ma’mun (815-833), beliau dinobat sebagai Ahli Falak Diraja atas sumbangan dan kajian beliau
  • Karya :

Mufatih al-Ulum’
Berkaitan sistem nombor
Diterjemahkan ke bahasa Latin, De Numero Indorum

Al-Mukhtasar fi Hisab al-Jabr wa al-Muqabalah
Berkaitan algebra
Diterbit pada tahun 820 M

Al-Jabr wa al-Muqabalah
Berkaitan algebra
Menjelaskan tentang penggunaan secans dan tangens dalam penyelidikan astronomi dan trigonometri
Diterjemahkan ke bahasa Latin pada abad ke-12

Al-Jami wa al-Tafsir bi Hisab al-Hind
Diterjemah ke bahasa Latin oleh Prince Boniopagri

Hisab al-Jabr wa al-Muqabalah
Mengandungi 800 buah soalan matematik





Bidang Matematik
Pengiktirafan pemerintah
  • Dilantik oleh Khalifah Harun al-Rasyid untuk menjadi pakar matematik dan ahli akademi matematik di Baitul Hikmah.
  • Bertugas mengetuai dan mengawasi kerja penterjemahan buku-buku matematik dalam bahasa Yunani yang diperoleh daripada kerajaan Byzantine.
  • Dilantik oleh Khalifah al-Ma’mun sebagai penasihat astronomi dan bertugas di balai cerap di Baghdad.

Memperkenalkan sistem nombor
  • Memperkenalkan sistem nombor yang digunakan sehingga kini, iaitu, 0, 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8 dan 9. Angka-angka tersebut menggunakan simbol-simbol tertentu yang mewakili nilai-nilai tertentu.
  • Merupakan individu pertama yang memperkenalkan angka sifar (kosong = 0). Melalui penggunaan angka sifar, muncul nombor yang mencapai infiniti. Perkataan “sifar” yang diperkenalkan beliau dipinjam oleh bahasa2 Eropah dengan sebutan cifre, chiffre dan zero.
  • Pengenalan sistem angka yang sistematik membolehkan operasi pengiraan matematik diperluaskan meliputi operasi kuasa, log, kosinus dan sebagainya. Malah, membolehkan ilmu sains dan teknologi berkembang dengan lebih pesat.


Mempelopori ilmu algebra
  • Dikenali sebagai Bapa al-Jabar (algebra) berikutan sumbangannya dalam jurusan aritmetik, iaitu al-jabar. Al-Jabar ialah suatu bidang matematik yang dipanggil ilmu persamaan.
  • Karya teragungnya, al-Jabr wa-al-Muqabilah telah diterjemah ke dalam bahasa Latin pada kurun ke-12. Karya ini menjadi rujukan di universiti-universiti di Eropah sejak diterjemah mulai abad ke-12 hingga 16.
  • Melalui kaedah penggunaan simbol yang mewakili nombor, nilai atau pemboleh ubah, banyak masalah-masalah pengiraan yang dihadapi oleh masyarakat Islam dapat diatasi.


Mencipta ilmu-ilmu baharu
  • Mencipta ilmu baharu yang belum pernah dicipta oleh pakar-pakar matematik sebelum ini.
  • Dalam kitab yang dihasilkan, pelbagai istilah baharu diperkenalkan seperti pemboleh ubah (x), pemboleh ubah kuasa dua (x2) dan pemalar (c).
  • Al-Mukhtasar fi Hisab al-Jabr wa al-Muqabalah mengandungi bab2 baharu seperti pengiraan darab, campur, tolak dan bahagi. Persamaan, timbangan dan ukuran. Keluasan bulatan dan segi tiga. Dan isipadu bentuk piramid dan kon.


Penyelesaian permasalahan harta pusaka
  • Menghasilkan al-Kitab al-Mukhtasar yang dapat menyelesaikan masalah praktikal yang dihadapi oleh umat Islam, khususnya melibatkan pengiraan seperti pembahagian harta pusaka dan perniagaan.
  • Penyelesaian masalah-masalah tersebut telah terkandung di dalam al-Quran dan hadis, namun ilmu yang terkandung di dalam kitab tersebut dapat membantu mengatasi masalah pengiraan yang lebih rumit dan kompleks.

Bidang geometri dan trigonometri
  • Melalui penggunaan al-Jabar, al-Khawarizmi turut beri sumbangan dalam bidang geometri dan trigonometri.
  • Ilmu geometri berkaitan dengan ciri dan hubungan titik, garis, sudut, permukaan dan pepejal dalam ruang.
  • Ilmu trigonometri berkaitan dengan pengiraan segi tiga, sukatan sisi dan sudutnya.
  • Kedua-dua cabang ilmu matematik ini disentuh dalam karyanya, Hisab al-Jabr wa al-Muqabalah.


BIDANG ASTRONOMI

  1. Al-Khawarizmi dinobat sebagai Ahli Falak Diraja ketika pemerintahan Khalifah al-Ma’mun (kerajaan Abbasiyah) di atas sumbangan dan kajian yang telah dijalankan.
  2. Merupakan tokoh pertama yang menyediakan takwim Islam (Zij al-Sindhind) yang berdasarkan astronomi India.
  3. Dalam takwim tersebut terdapat jadual kedudukan matahari, bulan dan planet-planet.
  4. Turut mengkaji pelbagai aspek astronomi dari sudut gerhana sehingga fasa-fasa bulan.
  5. Memperkemaskan semula ilmu astronomi pada ketika itu
  6. Membetulkan pelbagai pandangan Ptolemy
  7. Menghasilkan peta dunia pertama yang telah diterokai pada zaman itu.
  8. Menghitung isipadu dan ukur lilit bumi
  9. Mencipta alat penentu kedudukan bintang, sukat masa dan jam matahari.
  10. Menghasilkan 2 makalah tentang astronomi semasa bertugas di balai cerap.
  11. Makalah pertama adalah mengenai alat yang diperbuat dari batu marmar yang dikenali sebagai “ruhkamat” dan digunakan untuk menentukan waktu solat, berdasarkan perubahan bayang-bayang sesuatu benda dalam bulatan, mulai terbit matahari hingga tenggelam matahari.
  12. Makalah kedua adalah mengenai alat ukuran astronomi yang dikenali sebagai astrolab.
  13. Ilmu al-jabar juga berperanan dalam penciptaan pelbagai alat pelayaran seperti kuadran (menyukat sudut dan altitud) dan astrolab (mengukur waktu, ketinggian gunung dan kedalaman perigi.





Ibnu Sina

Latar belakang
  • Nama sebenar : Abu Ali al-Hussayn bin Abd Allah bin al-Hasan bin Ali bin Sina
  • Berketurunan Turki
  • Dikenali sebagai Ibnu Sina di timur dan Avicenna di barat.
  • Dilahirkan pada tahun 980 di Bukhara, Turkestan
  • Tekun mempelajari ilmu. Beliau pernah membaca buku metafizik karya Aristotle sebanyak 40 kali
  • Taat beragama. Beliau sering berdoa kepada Allah SWT apabila menghadapi kebuntuan untuk menyelesaikan masalah.
  • Semasa berumur 16 tahun, beliau telah dapat menguasai ilmu perubatan. Berkat kesungguhannya, akhirnya Ibnu Sina telah muncul sebagai seorang pakar perubatan yang terkemuka.
  • Berjaya menguasai pelbagai ilmu naqli (agama) ketika berusia 18 tahun dan seorang yang berinovatif. Beliau banyak menjalankan penyelidikan dan menghasilkan karya dalam pelbagai bidang ilmu terutamanya bidang perubatan.
  • Meninggal dunia pada tahun 1037 (58 tahun) di Hamazan, Iran



Sumbangan Ibnu Sina
Bidang perubatan

Pengiktirafan dan penghargaan

  • Beliau mendapat sanjungan di barat sehingga terdapat lukisan wajahnya di dewan besar fakulti perubatan, Universiti Paris.
  • Diangkat menjadi doktor diraja kerana sembuhkan Sultan Nuh bin Mansur di Bukhara pada tahun 997
  • Gelaran :

  1. Bapa doktor perubatan kerana berjaya menyatupadukan teori perubatan Yunani Hipoccrates dan Galen serta pengalaman daripada ahli-ahli perubatan India dan Parsi.
  2. “Medicorum Principal” / Raja Doktor Diraja oleh kaum Latin Skolastik.
  3. Raja Ubat
  4. “Zenith” di dalam dunia Islam, iaitu tahap tertinggi dalam ilmu kedoktoran.
  5. Al-Syeikh al-Rais (Mahaguru Pertama) kerana kehebatan dan kepakaran dalam bidang perubatan yang tiada tolok bandingnya.

Penghasilan karya teragung, (al-Qanun fi al-Tibb / The Canon of Medicine)

  • Merupakan khazanah perubatan yang amat bernilai.
  • Menjadi sumber rujukan utama di universiti – universiti Eropah hingga tahun 1500.
  • Karya tersebut masih diterima dalam dunia perubatan moden pada hari ini.
  • Gerard Cremona telah menterjemahkan karya ini ke dalam bahasa Latin. Turut diterjemah ke dalam bahasa Hebrew, bahasa Inggeris, Perancis, Sepanyol dan Itali.
  • Telah dicetak sebanyak 16 kali.
  • Di dalam karya ini ada membincangkan mengenai penyakit saraf yang menjadi punca manusia menjadi lumpuh.

Penghasilan ensiklopedia perubatan
  • Pada usia 21 tahun di Khawarazm, beliau mula menulis karyanya yang pertama berjudul al-Majmu dan diikuti dengan buku-buku lain.
  • Segala karya dan cetusan idea Ibnu Sina (termasuk al-Qanun fi al-Tibb) dihimpunkan dalam satu buku besar berjudul Essai de Bibliographie Avicenna yang dihasilkan oleh Pater Dominican di Cairo.

Teori atanomi dan fisiologi

  • Beliau menggambarkan analogi manusia terhadap negara dan mikrokosmos (dunia kecil) terhadap alam semesta sebagai makrokosmos (dunia besar). 
  • Misalnya digambarkan bahawa syurga itu bulat dan bumi empat segi. Dengan demikian, kepala itu bulat dan kaki itu  empat segi.  
  • Terdapat 4 musim dan 12 bulan dalam setahun.  Dengan begitu, manusia memiliki empat tangkai lengan (anggota badan) dan mempunyai 12 tulang sendi.    
  • Hati (heart) adalah raja tubuh manusia, sementera paru-paru adalah menterinya.
  • Leher merupakan jendelnya sang badan, sedangkan kandung empedu   sebagai markas pusatnya.  
  • Limpa dan perut sebagai bumbung, sedangkan usus merupakan sistem komunikasi dan sistem pembuangan.
  • Pengetahuan anatomi Ibnu Sina jelas dilihat dalam karyanya melalui penerangan2 yang lengkap dengan gambar2 dan sketsa2 tertentu.
  • Ibnu sina mendapati jantung manusia mengandungi 3 injap yang terbuka dan tertutup dengan sendirinya semasa ia mengepam darah.

Impak penyelidikan yang dilakukannya
  • Menemui :

  1. Penyakit baharu dan puncanya
  2. Pengaruh kuman dalam penyakit
  3. Jangkitan virus seperti tibi
  4. Penyakit rubella
  5. Alahan
  6. Cacar (smallpox)
  7. Penyakit jiwa

  • Mendedahkan penyakit batuk kering (tibi) merupakan penyakit berjangkit
  • Mengenal pasti bahawa air ialah pembawa segala kuman yang berbahaya dan menganggap ia punca penularan kebanyakan penyakit.
  • Mengajar cara-cara pembedahan yang menekankan keperluan pembersihan luka.
  • Dalam bidang farmasi, beliau menghasilkan ubat yang mujarab untuk pelbagai jenis penyakit.
  • Menemui dan menjelaskan kepentingan ubat bius.
  • Mencipta benang yang khusus untuk menjahit luka pembedahan, picagari dan lain-lain.
  • Menjelaskan simptom2 penyakit kencing manis dan masalah yang akan timbul daripadanya.

Memperkembangkan ilmu psikologi
  • Ibnu sina menemui ilmu yang dikenali psikosomantis iaitu perkaitan antara psikologi dan kesihatan.
  • Beliau menjelaskan kepentingan emosi dalam memulihkan individu yang mengalami gangguan psikologi.
  • Minat beliau terhadap bidang mengenai kesan akal ke atas jasad menyebabkan banyak karyanya berkisarkan gangguan psikologi.





Imam al-Ghazali

Latar belakang
Nama sebenar : Muhammad bin Muhammad at-Thusi al-Imam Abu Hamid al-Ghazali

Dilahirkan : di Thus pada tahun 1058
  • Sejak kecil lagi, al-Ghazali telah merantau ke serata tempat untuk mempelajari pelbagai ilmu daripada ramai guru.

Antara gurunya :
  1. Imam al-Radzakani
  2. Imam al-Abi Nash al-Isma’ili
  3. Imam al-Haramain Abu Ma’ali al-Juwaini

  • Berjaya menguasai pelbagai cabang ilmu seperti usuluddin, usul fiqh, mantik, membaca hikmah dan yang paling terkenal ialah bidang falsafah.
  • Karya / kitab :

  1. Ihya’ Ulumuddin
  2. Kimya al-Saadah
  3. Maqasid al-Falasifah
  4. Al-Mushtasfa min ‘Ilm al-Ushul



Imam al-Ghazali merupakan individu pertama yang mengklasifikasikan semula ilmu falsafah kepada 6 bahagian :

Ilmu falsafah
Penerangan (menurut imam al-ghazali)
Ilmu Matematik
Berkaitan ilmu hisab dan kejuruteraan. Ilmu ni tak berkaitan dengan perbahasan dari sudut agama.

Ilmu Mantik
Berkaitan dengan logik akal dan cara akal sebagai agen penyusun hujah-hujah yang dikemukakan.

Ilmu Fizik
Berkaitan kajian alam, langit, bintang-bintang, air, udara dan alam seluruhnya.

Ilmu Ketuhanan
Mengkaji aspek ketuhanan dari perspektif akal.
Ilmu ini didasari oleh perbincangan mantik dan logik.
Menurut imam al-ghazali, ilmu ini tersimpang daripada falsafah ketuhanan yang sebenar.

Ilmu Siasah
Perkara yang berkaitan dengan unsure-unsur keduniaan yang dapat membantu manusia menjalani kehidupan seharian dengan lebih baik.

Ilmu Akhlak
Berkaitan cara seseorang menjalani kehidupan seharian dengan sikap dan peribadi yang mulia.


  • Metodologi yang diasaskan oleh Imam al-Ghazali adalah lebih jelas dan terperinci.
  • Karya dalam bidang falsafah : 


1.Tahafut al-Falasifah
2.Maqasid al-Falasifah
3.Al-Munqidh min al-Dalal
 

  • Dalam salah satu penulisannya, Abu Hassan al-Nadawi menyifatkan Imam al-Ghazali sebagai seorang yang istimewa.
  • Imam al-Ghazali berjaya menyelamatkan akidah umat Islam daripada direntap oleh fahaman falsafah ketuhanan Yunani yang bertentangan dengan akidah Islam.
  • Gelaran Hujjatul Islam (pembela Islam) yang diberikan kepadanya adalah amat tepat kerana beliau mampu memanfaatkan ilmu yang dipelajari daripada tokoh-tokoh ulama dan beliau bijak berhujah dengan mengemukakan pandangan-pandangan yang bernas.


SUMBANGAN IMAM AL-GHAZALI DALAM BIDANG ILMU KALAM

  1. Beliau telah mengarang begitu banyak penulisan dalam ilmu kalam. Dalam penulisannya, beliau banyak mematahkan hujah-hujah dari pihak lawan yang dilihat agak keterlaluan semasa membahaskan isu-isu yang timbul daripada perbincangan ilmu kalam.
  2. Ilmu kalam berkembang bagi mempertahankan akidah ahli sunnah. Sebagaimana yang terdapat dalam al-Irsyad, iaitu salah satu kitab karangan Imam al-Haramain (guru Imam al-Ghazali)
  3. Ada disebut dalam sejarah, Imam al-Ghazali tidak menyukai majlis-majlis perdebatan berkaitan dengan ilmu kalam. Jika dijemput, beliau hanya berdebat menggunakan metadologi Rasulullah s.a.w dan para sahabat dengan berpaksikan al-Quran dan sunnah sahaja. Hal ini kerana beliau berpendapat tanpa 2 sumber utama itu akan menambahkan kerisauan dan kecelaruan dalam masyarakat pada ketika itu.
  4. Dalam kitabnya Ihya’ Ulumuddin, ketika membincangkan berkaitan teori dan konsep ilmu, Imam al-Ghazali tidak meletakkan ilmu kalam sebagai satu ilmu yang bermanfaat kepada masyarakat. Beliau menganggap sesiapa yang keterlaluan membincangkan isu-isu berkaitan dengan sifat Allah SWT dan perbuatan Allah SWT adalah termasuk dalam golongan orang yang melakukan bidaah di dalam Islam.
  5. Beliau berkata ilmu kalam tidak bermanfaat kepada manusia kerana :
  6. Ilmu ini tersimpang jauh drpd matlamatnya yg utama iaitu mengenal Allah SWT.
  7. Perbincangan ahli ilmu kalam terlalu jauh sehingga menyimpang daripada apa yang dibincangkan oleh para ulama.
SUMBANGAN IMAM AL-GHAZALI DALAM BIDANG TASAWUF
  • Apabila menjadi ahli sufi, imam al-Ghazali berusaha membersihkan taswuf daripada perkara-perkara khurafat dan amalan yang terkeluar daripada ajaran agama Islam yang sebenar.
  • Guru beliau dalam bidang tasawuf : al-Junaid dan al-Muhasibi
  • Apabila mengetahui masyarakat melakukan kesalahan dalam bidang tasawuf, beliau melemparkan kritikan yang bertujuan untuk membetulkan kesalahan dan menghalang daripada penyelewengan yang boleh mencemarkan kemurnian Islam.
  • Karya termasyhur beliau dalam bidang tasawuf : Ihya’ Ulumuddin
  1. Telah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu, Parsi, Urdu, Inggeris dan Perancis.
  2. Menjadi sumber rujukan para ulama di rantau Alam Melayu.
  3. Kehadiran kitab ini memberikan implikasi yang besar dalam pengajian tasawuf
  • Imam al-Ghazali telah memurnikan semula ilmu tasawuf daripada kesesatan dan bidaah.
*Bidaah ialah jalan atau cara yang diikut (diamal) dalam agama yang tidak diwarisi daripada Rasulullah s.a.w atau sahabat baginda dan as-Salaf as-Soleh.

Ibnu Khaldun

Latar belakang
  • Nama sebenar : Abd al-Rahman bin Muhammad bin Khaldun al-Hadrami
  • Tempat lahir : Tunisia pada tahun 1332

Ayah Ibnu Khaldun merupakan seorang ulama, ahli bahasa dan pemerintah angkatan tentera.

Sifat :
  1. Tekun dalam menuntut ilmu walaupun sibuk dengan tugas pentadbiran.
  2. Bijak membahagikan masa untuk masyarakat dan menuntut ilmu.
  3. Kreatif. Karyanya iaitu al-Muqaddimah ialah hasil daripada pengalaman dan kreativiti beliau untuk mengetengahkan sejarah sebagai bidang ilmu yang tersendiri.
  4. Al-Muqaddimah menjadi bahan kajian para sarjana timur dan barat hingga ke hari ini.



Sumbangan Ibnu Khaldun

SUMBANGAN IBNU KHALDUN DALAM BIDANG PENSEJARAHAN

1. Ibnu Khaldun memperluaskan ruang lingkup kajian sejarah dengan melihat sejarah dalam konteks yang lebih luas, iaitu melalui perubahan-perubahan sosial yang berlaku dalam sesuatu masyarakat seperti yang diterangkan di dalam al-Muqaddimah.

2. Al-Muqaddimah merupakan karya agung dalam bidang pensejarahan bagi memahami corak perubahan organisasi politik dan sosioekonomi. Karya beliau memberikan suatu konsep sejarah yang merangkumi keseluruhan kegiatan manusia.

3. Karya ini memaparkan suatu prinsip asas dalam pengkajian sejarah, iaitu hukum-hukum yang menguasai proses perubahan-perubahan sesuatu masyarakat manusia seperti hubungan antara sebab dan akibat.

4. Mengikut konsepsi sejarah Ibnu Khaldun, ruang lingkup sejarah telah diperluaskan. Motif dan cita-cita seorang individu haruslah dikaji dengan sifat dan keadaan social yang dipengaruhi oleh persekitarannya. Ini bermaksud ruang lingkup sejarah merangkumi aspek-aspek geografi dan sosiologi.







5.  Sumbangan Ibnu Khaldun dalam bidang   teori dan pendekatan sejarah semakin jelas apabila ia memperkenalkan konsep pendekatan multidisciplinary dengan kajian sejarah dibantu oleh sosiologi dan geografi. Oleh sebab itu, Ibnu Khaldun dianggap sebagai pengasas pensejarahan dan sosiologi moden.

6. Beliau merupakan ahli sejarah pertama mengkaji segala aspek kehidupan sosial orang Islam dan melihat sejarahnya daripada perspektif sosiologi masyarakat yang dapat memberikan keterangan-keterangan yang relevan kepada semua tindakan sosial manusia. Hal ini menunjukkan kepentingan sikap kritis yang Berjaya menggabungkan pelbagai disiplin dalam pengkajian sejarah.

7. Ibnu Khaldun diiktiraf oleh pengkaji dan pemikir sebagai tokoh sarjana dan sejarawan yang mengatasi sejarawan terkenal sebelumnya seperti al-Tabari dan al-Mas’udi. Teori pensejarahan Ibnu Khaldun dikembangkan oleh ahli sejarah Barat melalui penterjemahan al-Muqaddimah.



SUMBANGAN IBNU KHALDUN DALAM BIDANG KEBUDAYAAN

  • Ibnu Khaldun merupakan seorang penggiat budaya & kesusasteraan Arab. Beliau berguru dengan Syeikh Muhammad Bahr di Tunisia bagi menajamkan kemahiran bersyairnya
  • Banyak hasilkan syair sejak kanak-kanak lagi.
  • Kemahiran terserlah apabila beliau berbahas mengenai syair Arab dalam kitab al-Muqaddimah.

SUMBANGAN IBNU KHALDUN DALAM BIDANG ILMU DAN PEMIKIRAN ISLAM

  • Ibnu khaldun banyak meninggalkan sumbangan yang bernilai kepada tamadun manusia. Beliau berpendapat bahawa sesebuah tamadun tertegak di atas hasil kombinasi antara keunggulan rohani dan jasmani.
  • Beliau merupakan pelopor kepada pemikiran-pemikiran moden khususnya dalam bidang sejarah, politik, ekonomi, sosiologi dan pendidikan.
  • Kejayaan Ibnu Khaldun mendorong para sarjana mengiktiraf karya beliau sebagai bahan kajian dan rujukan dalam bidang-bidang tersebut.
  • Sanjungan terhadap beliau berterusan hingga ke hari ini. Pemikiran beliau sering dijadikan wacana, tema-tema seminar, bengkel dan persidangan ilmiah serta judul-judul buku dan tesis pada peringkat pengajian tinggi.
  • Sebuah anugerah ilmiah yang berprestij dinamakan sempena nama beliau, iaitu The Khaldun Chair of Islamic Studies di Universiti Amerika, Washington DC. Nama Ibnu Khaldun diabadikan di sebuah universiti terkemuka di Jakarta, Indonesia iaitu Universiti Ibnu Khaldun.


SUMBANGAN IBNU KHALDUN DALAM BIDANG EKONOMI