TEMA 2: PEMBANGUNAN DAN PENEROKAAN
BAB 11: PERKEMBANGAN INTELEKTUAL
11.1 Perkembangan Ilmu
Syed Muhammad Naquib al-Attas ® “ilmu ialah suatu
kebenaran yang sampai ke dalam roh atau jiwa manusia.”
- Ilmu yang benar ialah ilmu yang tidak mengingkari perintah
Allah SWT.
- Mengikut Islam, orang yang berilmu ialah orang yang paling
tinggi darjatnya.
- Sumber ilmu :
- Al-Quran
- Akal
- Alam
- Secara amnya, terdapat 2 ilmu utama:
Dari segi intelektual :
Kategori
|
Penerangan
|
Ilmu wahyu
|
Bersumberkan wahyu yg diturunkan kepada Rasulullah SAW dlm bentuk
ayat2 al-Quran
|
Ilmu kasbi
|
Diperoleh melalui pembelajaran atau pengalaman. Akal &
pancaindera sebagai medium.
|
Ilmu intuisi
|
[Hassan Langgulung] perpindahan sifat potensi ke alam nyata dalam
bentuk lompatan intelektual yang cepat tanpa memerlukan usaha yang keras,
susah payah dan pelajaran tetapi menerusi deria batin atau disebut keserasian
hati, partisipati rohaniah atau rasa rohani.
|
Ilmu ilham
|
[golongan tasawuf] mengetahui perkara-perkara aqliyah (akal) yang
mujarrad (abstrak)
|
Ilmu laduni
|
Ilmu yang dianugerahkan oleh Allah SWT secara langsung.
Eg. Fizik, kimia, matematik etc
|
Ilmu akal
|
Akal = kelebihan dan keistimewaan yang dianugerahkan oleh Allah SWT
kepada manusia.
Akal membezakan antara manusia & haiwan
Akal yang sempurna dapat melihat kewujudan dan kebesaran Allah SWT
Akal merangkumi pengetahuan manusia tentang dirinya, alam sekitar,
sejarah manusia dan masyarakat
|
Ilmu makrifat
|
Ilmu yang dicapai oleh manusia melalui pancaindera yang keenam.
Eg. Ibu dapat rasa anak ditimpa kemalangan
|
Ilmu hakikat
|
[golongan tasawuf] ilmu yang paling tinggi tahapnya
|
Ilmu daruri
|
Ilmu yang bersandarkan al-Quran dan hadis
Eg. Fiqah, tauhid, kalam, usuluddin, syariah, tasawuf
|
Perkembangan Ilmu Naqli dan Aqli Zaman Kerajaan Abbasiyah
(Abad Ke-11 hingga 13)
- Perkembangan intelektual sememangnya sinonim dengan kerajaan
Abbasiyah terutama semasa pemerintahan Khalifah Harun al-Rasyid dan puteranya, al-Makmun.
- Perkembangan intelektual (ilmu aqli & naqli) tetap
berlaku walaupun kerajaan Abbasiyah berada pada era kemerosotan dan dikuasai
golongan Bani Buwaih dan golongan Seljuk.
Ilmu aqli dan naqli alami perkembangan pesat berikutan
kelahiran ramai tokoh2 yang unggul seperti :
- Al-Farabi (b.falsafah)
- Ibnu Sina (b.falsafah)
- Al-Biruni (b.falsafah)
- Ibnu Miskawayh – kuasai ilmu falsafah dan sejarah
- Al-Nasawi - matematik, perkenalkan huruf (angka) india di
wilayah Arab
- Al-Istakhri (menjelang abad ke-11) :
- Falsafah
- Ilmu pelayaran
- Ilmu bumi
- Pada zaman kekuasaan Bani Seljuk (1055-1199), perkembangan
ilmu aqli dan naqli agak ketara kerana :
Terdirinya :
- Universiti Nizamiyah
- Universiti Hanafiah
- Cawangan2 Universiti Nizamiyah pada setiap kota di Iraq dan
Khurasan
- Penubuhan institusi ini penting untuk melahirkan ramai
cendekiawan Islam dalam ilmu aqli dan naqli.
Contohnya :
- Al-Zamakhsyari muncul sebagai penulis yang hebat dalam
bidang tafsir dan usuluddin
- Al-Ghazali (Hujjatul al-Islam)
Karya :
- Aqli – Tahafut al-Falasifah (bidang falsafah)
- Naqli – Ihya’ Usuluddin (bidang usuluddin) Membincangkan pelbagai aspek pengetahuan, tatacara, kaedah
ilmu dan akhlak yang menjadi contoh kepada umat Islam.
Umar al-Khayyam –
- Falsafah, al-gebra dan geometri, baiki sistem takwim atas
arahan Malik Shah.
- peranan pentadbir yang gemar mendampingi para ulama (orang
yang berilmu)
Perkembangan Ilmu Naqli dan Aqli Zaman Kerajaan Umayyah di
Andalus (Abad Ke-11 hingga 13)
- [Abad ke-11] Kemunculan beberapa buah kerajaan kecil di
Andalus, sekaligus menandakan bermulanya era kemerosotan Kerajaan Umayyah.
- Antara kerajaan yang muncul = Mulukal-Tawa’if, kerajaan
al-Murabitun, kerajaan al-Muwahhidun dan kerajaan Bani al-Amar (Nasriyyah)
- Ketika kemerosotan Kerajaan Umayyah, perkembangan ilmu Aqli
dan Naqli tetap berlaku ekoran kemunculan para cendekiawan Islam pada masa itu.
- Antara tokoh – tokoh terkemuka :
Ilmu Naqli
1. Ibnu Hazm (al-Zahiri)
- Menghasilkan kitab-kitab fikah
- Mendalami ilmu hadis
- Mengemukakan satu aliran teologi baharu berdasarkan pengalamannya
“bahasa al-Quran ialah bahasa yang dicipta oleh Allah SWT untuk
manusia dan manusia boleh memahami dan mempelajarinya”
Karya :
- Al-Muhalla
- Al-Ahkam li Usul al-Ahkam
- Risalah fi Usul al-Fiqh
- Al-Fasl fi al-Milal wa al-Nihal
|
2. Abu Asim
Karya :
|
3. Ibnu Abd al-Barr (Ulama hadis terkenal)
Karya :
- Pendedahan dan kecemerlangan ilmu tentang hadis dan ulama hadis serta
konsep ilmu menurut islam.
|
4. Muhyidin Ibnu Arabi
- Ulama sufi yang terkenal
- Bidang tasawuf
- Terkenal dengan fahaman Wahdatul Wujud
Karya :
|
5.Qadi Iyad [abad ke-13]
- Terkenal dalam bidang hadis, fikah & sejarah
- Berjaya menghasilkan 20 buah kitab berkenaan bidang-bidang tersebut
Karya :
- Al-Syafa bi Ta’rif Huquq al-Mustaffa (puji-pujian terhadap Nabi
Muhammad SAW, akhlak & mukjizat baginda)
|
|
Ilmu Aqli
Ibnu Tufail
- Ahli falsafah yang unggul
- Karyanya telah diterjemah ke dalam bahasa Latin, Belanda, Inggeris,
Jerman dan Perancis
- Hayy Ibn Yaqzan (memaparkan aliran2 pemikiran sezaman menerusi kisah)
“walaupun falsafah agama adalah benar, tetapi ia tidak boleh
digunakan secara langsung untuk membimbing urusan dan kehidupan rakyat biasa”
|
Ibnu Bajjah (dalam tamadun barat dikenali sebagai Avenpace)
- Komentator karya2 Aristotle
- Dianggap setaraf dengan Ibnu Rusyd, Ibnu Sina dan al-Farabi
- Minatnya tertumpu kepada idea & pemikiran serta aspek2
kemanusiaan
- Menumpukan kajian tentang bentuk2 kerohanian dan idea2 yang terdapat
dalam pemikiran manusia
- Tadbir al-Mutawahhid
|
Ibnu Rusyd
- Pengaruhnya yang luas menyebabkan muncul aliran falsafah di Eropah
yang dikenali dengan nama Averoisme
- Berusaha mengharmonikan antara falsafah dengan agama
- Tahafut al-Tahafut (mengandungi jawapannya terhadap ‘serangan’
al-Ghazali dan ulasannya terhadap karya2 Aristotle)
- Al-Kulliyat fi al-Tibb (bidang perubatan, telah menjadi rujukan
berabad-abad lamanya di Eropah)
|
|
11.2 Sumbangan Tokoh-tokoh Intelektual Islam
Al-Khawarizmi ( اَÙ„ْØ®ْÙˆَارِزْÙ…ِ )
Latar belakang
|
- Nama sebenar : Abu Abdullah Muhammad bin Musa al-Khawarizmi
- Di barat dikenali sebagai al-Khawarizmi, al-Cowarizmi, al-Ahawizmi,
al-Karismi, al-Goritmi dan al-Gorismi
- Gelaran al-Khawarizmi diberi bersempena tempat kelahirannya, Khiva
(daerah Khwarezm, selatan Laut Aral, Uzbekistan)
- Dilahirkan pada tahun 780 M
- Meninggal dunia pada tahun 850 M
- Berpengetahuan luas dalam bidang:
- Falsafah
- Logik
- Aritmetik & Geometri
- Astronomi
- Muzik
- Kejuruteraan
- Sejarah Islam
- Kimia
- Geografi
- Semasa pemerintahan Khalifah al-Ma’mun (815-833), beliau dinobat
sebagai Ahli Falak Diraja atas sumbangan dan kajian beliau
- Karya :
Mufatih al-Ulum’
Berkaitan sistem nombor
Diterjemahkan ke bahasa Latin, De Numero Indorum
Al-Mukhtasar fi Hisab al-Jabr wa al-Muqabalah
Berkaitan algebra
Diterbit pada tahun 820 M
Al-Jabr wa al-Muqabalah
Berkaitan algebra
Menjelaskan tentang penggunaan secans dan tangens dalam penyelidikan
astronomi dan trigonometri
Diterjemahkan ke bahasa Latin pada abad ke-12
Al-Jami wa al-Tafsir bi Hisab al-Hind
Diterjemah ke bahasa Latin oleh Prince Boniopagri
Hisab al-Jabr wa al-Muqabalah
Mengandungi 800 buah soalan matematik
|
Bidang Matematik
|
Pengiktirafan pemerintah
- Dilantik oleh Khalifah Harun al-Rasyid untuk menjadi pakar matematik
dan ahli akademi matematik di Baitul Hikmah.
- Bertugas mengetuai dan mengawasi kerja penterjemahan buku-buku
matematik dalam bahasa Yunani yang diperoleh daripada kerajaan Byzantine.
- Dilantik oleh Khalifah al-Ma’mun sebagai penasihat astronomi dan
bertugas di balai cerap di Baghdad.
|
Memperkenalkan sistem nombor
- Memperkenalkan sistem nombor yang digunakan sehingga kini, iaitu, 0,
1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8 dan 9. Angka-angka tersebut menggunakan simbol-simbol
tertentu yang mewakili nilai-nilai tertentu.
- Merupakan individu pertama yang memperkenalkan angka sifar (kosong =
0). Melalui penggunaan angka sifar, muncul nombor yang mencapai infiniti.
Perkataan “sifar” yang diperkenalkan beliau dipinjam oleh bahasa2 Eropah
dengan sebutan cifre, chiffre dan zero.
- Pengenalan sistem angka yang sistematik membolehkan operasi pengiraan
matematik diperluaskan meliputi operasi kuasa, log, kosinus dan sebagainya.
Malah, membolehkan ilmu sains dan teknologi berkembang dengan lebih pesat.
|
Mempelopori ilmu algebra
- Dikenali sebagai Bapa al-Jabar (algebra) berikutan sumbangannya dalam
jurusan aritmetik, iaitu al-jabar. Al-Jabar ialah suatu bidang matematik yang
dipanggil ilmu persamaan.
- Karya teragungnya, al-Jabr wa-al-Muqabilah telah diterjemah ke dalam
bahasa Latin pada kurun ke-12. Karya ini menjadi rujukan di
universiti-universiti di Eropah sejak diterjemah mulai abad ke-12 hingga 16.
- Melalui kaedah penggunaan simbol yang mewakili nombor, nilai atau
pemboleh ubah, banyak masalah-masalah pengiraan yang dihadapi oleh masyarakat
Islam dapat diatasi.
|
Mencipta ilmu-ilmu baharu
- Mencipta ilmu baharu yang belum pernah dicipta oleh pakar-pakar
matematik sebelum ini.
- Dalam kitab yang dihasilkan, pelbagai istilah baharu diperkenalkan
seperti pemboleh ubah (x), pemboleh ubah kuasa dua (x2) dan pemalar (c).
- Al-Mukhtasar fi Hisab al-Jabr wa al-Muqabalah mengandungi bab2 baharu
seperti pengiraan darab, campur, tolak dan bahagi. Persamaan, timbangan dan
ukuran. Keluasan bulatan dan segi tiga. Dan isipadu bentuk piramid dan kon.
|
Penyelesaian permasalahan harta pusaka
- Menghasilkan al-Kitab al-Mukhtasar yang dapat menyelesaikan masalah
praktikal yang dihadapi oleh umat Islam, khususnya melibatkan pengiraan
seperti pembahagian harta pusaka dan perniagaan.
- Penyelesaian masalah-masalah tersebut telah terkandung di dalam
al-Quran dan hadis, namun ilmu yang terkandung di dalam kitab tersebut dapat
membantu mengatasi masalah pengiraan yang lebih rumit dan kompleks.
|
Bidang geometri dan trigonometri
- Melalui penggunaan al-Jabar, al-Khawarizmi turut beri sumbangan dalam
bidang geometri dan trigonometri.
- Ilmu geometri berkaitan dengan ciri dan hubungan titik, garis, sudut,
permukaan dan pepejal dalam ruang.
- Ilmu trigonometri berkaitan dengan pengiraan segi tiga, sukatan sisi
dan sudutnya.
- Kedua-dua cabang ilmu matematik ini disentuh dalam karyanya, Hisab
al-Jabr wa al-Muqabalah.
|
BIDANG ASTRONOMI
- Al-Khawarizmi dinobat sebagai Ahli Falak Diraja ketika
pemerintahan Khalifah al-Ma’mun (kerajaan Abbasiyah) di atas sumbangan dan kajian
yang telah dijalankan.
- Merupakan tokoh pertama yang menyediakan takwim Islam (Zij
al-Sindhind) yang berdasarkan astronomi India.
- Dalam takwim tersebut terdapat jadual kedudukan matahari,
bulan dan planet-planet.
- Turut mengkaji pelbagai aspek astronomi dari sudut gerhana
sehingga fasa-fasa bulan.
- Memperkemaskan semula ilmu astronomi pada ketika itu
- Membetulkan pelbagai pandangan Ptolemy
- Menghasilkan peta dunia pertama yang telah diterokai pada
zaman itu.
- Menghitung isipadu dan ukur lilit bumi
- Mencipta alat penentu kedudukan bintang, sukat masa dan jam
matahari.
- Menghasilkan 2 makalah tentang astronomi semasa bertugas di
balai cerap.
- Makalah pertama adalah mengenai alat yang diperbuat dari
batu marmar yang dikenali sebagai “ruhkamat” dan digunakan untuk menentukan
waktu solat, berdasarkan perubahan bayang-bayang sesuatu benda dalam bulatan,
mulai terbit matahari hingga tenggelam matahari.
- Makalah kedua adalah mengenai alat ukuran astronomi yang
dikenali sebagai astrolab.
- Ilmu al-jabar juga berperanan dalam penciptaan pelbagai alat
pelayaran seperti kuadran (menyukat sudut dan altitud) dan astrolab (mengukur
waktu, ketinggian gunung dan kedalaman perigi.
Ibnu Sina
Latar belakang
|
- Nama sebenar : Abu Ali al-Hussayn bin Abd Allah bin al-Hasan bin Ali
bin Sina
- Berketurunan Turki
- Dikenali sebagai Ibnu Sina di timur dan Avicenna di barat.
- Dilahirkan pada tahun 980 di Bukhara, Turkestan
- Tekun mempelajari ilmu. Beliau pernah membaca buku metafizik karya
Aristotle sebanyak 40 kali
- Taat beragama. Beliau sering berdoa kepada Allah SWT apabila
menghadapi kebuntuan untuk menyelesaikan masalah.
- Semasa berumur 16 tahun, beliau telah dapat menguasai ilmu perubatan.
Berkat kesungguhannya, akhirnya Ibnu Sina telah muncul sebagai seorang pakar
perubatan yang terkemuka.
- Berjaya menguasai pelbagai ilmu naqli (agama) ketika berusia 18 tahun
dan seorang yang berinovatif. Beliau banyak menjalankan penyelidikan dan
menghasilkan karya dalam pelbagai bidang ilmu terutamanya bidang perubatan.
- Meninggal dunia pada tahun 1037 (58 tahun) di Hamazan, Iran
|
Sumbangan Ibnu Sina
Bidang perubatan
Pengiktirafan dan penghargaan
- Beliau mendapat sanjungan di barat sehingga terdapat lukisan wajahnya
di dewan besar fakulti perubatan, Universiti Paris.
- Diangkat menjadi doktor diraja kerana sembuhkan Sultan Nuh bin Mansur
di Bukhara pada tahun 997
- Gelaran :
- Bapa doktor perubatan kerana berjaya menyatupadukan teori perubatan
Yunani Hipoccrates dan Galen serta pengalaman daripada ahli-ahli perubatan
India dan Parsi.
- “Medicorum Principal” / Raja Doktor Diraja oleh kaum Latin Skolastik.
- Raja Ubat
- “Zenith” di dalam dunia Islam, iaitu tahap tertinggi dalam ilmu
kedoktoran.
- Al-Syeikh al-Rais (Mahaguru Pertama) kerana kehebatan dan kepakaran
dalam bidang perubatan yang tiada tolok bandingnya.
|
Penghasilan karya teragung, (al-Qanun fi al-Tibb / The Canon of
Medicine)
- Merupakan khazanah perubatan yang amat bernilai.
- Menjadi sumber rujukan utama di universiti – universiti Eropah hingga
tahun 1500.
- Karya tersebut masih diterima dalam dunia perubatan moden pada hari
ini.
- Gerard Cremona telah menterjemahkan karya ini ke dalam bahasa Latin.
Turut diterjemah ke dalam bahasa Hebrew, bahasa Inggeris, Perancis, Sepanyol
dan Itali.
- Telah dicetak sebanyak 16 kali.
- Di dalam karya ini ada membincangkan mengenai penyakit saraf yang
menjadi punca manusia menjadi lumpuh.
|
Penghasilan ensiklopedia perubatan
- Pada usia 21 tahun di Khawarazm, beliau mula menulis karyanya yang
pertama berjudul al-Majmu dan diikuti dengan buku-buku lain.
- Segala karya dan cetusan idea Ibnu Sina (termasuk al-Qanun fi
al-Tibb) dihimpunkan dalam satu buku besar berjudul Essai de Bibliographie
Avicenna yang dihasilkan oleh Pater Dominican di Cairo.
|
Teori atanomi dan fisiologi
- Beliau menggambarkan analogi manusia terhadap negara dan mikrokosmos
(dunia kecil) terhadap alam semesta sebagai makrokosmos (dunia besar).
- Misalnya digambarkan bahawa syurga itu bulat dan bumi empat segi. Dengan
demikian, kepala itu bulat dan kaki itu empat segi.
- Terdapat 4 musim dan 12 bulan dalam setahun. Dengan begitu, manusia
memiliki empat tangkai lengan (anggota badan) dan mempunyai 12 tulang sendi.
- Hati (heart) adalah raja tubuh manusia, sementera paru-paru adalah menterinya.
- Leher merupakan jendelnya sang badan, sedangkan kandung empedu
sebagai markas pusatnya.
- Limpa dan perut sebagai bumbung, sedangkan usus merupakan sistem
komunikasi dan sistem pembuangan.
- Pengetahuan anatomi Ibnu Sina jelas dilihat dalam karyanya melalui
penerangan2 yang lengkap dengan gambar2 dan sketsa2 tertentu.
- Ibnu sina mendapati jantung manusia mengandungi 3 injap yang terbuka
dan tertutup dengan sendirinya semasa ia mengepam darah.
|
Impak penyelidikan yang dilakukannya
- Penyakit baharu dan puncanya
- Pengaruh kuman dalam penyakit
- Jangkitan virus seperti tibi
- Penyakit rubella
- Alahan
- Cacar (smallpox)
- Penyakit jiwa
- Mendedahkan penyakit batuk kering (tibi) merupakan penyakit
berjangkit
- Mengenal pasti bahawa air ialah pembawa segala kuman yang berbahaya
dan menganggap ia punca penularan kebanyakan penyakit.
- Mengajar cara-cara pembedahan yang menekankan keperluan pembersihan
luka.
- Dalam bidang farmasi, beliau menghasilkan ubat yang mujarab untuk
pelbagai jenis penyakit.
- Menemui dan menjelaskan kepentingan ubat bius.
- Mencipta benang yang khusus untuk menjahit luka pembedahan, picagari
dan lain-lain.
- Menjelaskan simptom2 penyakit kencing manis dan masalah yang akan
timbul daripadanya.
|
Memperkembangkan ilmu psikologi
- Ibnu sina menemui ilmu yang dikenali psikosomantis iaitu perkaitan
antara psikologi dan kesihatan.
- Beliau menjelaskan kepentingan emosi dalam memulihkan individu yang
mengalami gangguan psikologi.
- Minat beliau terhadap bidang mengenai kesan akal ke atas jasad
menyebabkan banyak karyanya berkisarkan gangguan psikologi.
|
Imam al-Ghazali
Latar belakang
|
Nama sebenar : Muhammad bin Muhammad at-Thusi al-Imam Abu Hamid
al-Ghazali
Dilahirkan : di Thus pada tahun 1058
- Sejak kecil lagi, al-Ghazali telah merantau ke serata tempat untuk
mempelajari pelbagai ilmu daripada ramai guru.
Antara gurunya :
- Imam al-Radzakani
- Imam al-Abi Nash al-Isma’ili
- Imam al-Haramain Abu Ma’ali al-Juwaini
- Berjaya menguasai pelbagai cabang ilmu seperti usuluddin, usul fiqh,
mantik, membaca hikmah dan yang paling terkenal ialah bidang falsafah.
- Karya / kitab :
- Ihya’ Ulumuddin
- Kimya al-Saadah
- Maqasid al-Falasifah
- Al-Mushtasfa min ‘Ilm al-Ushul
|
Imam al-Ghazali merupakan individu pertama yang
mengklasifikasikan semula ilmu falsafah kepada 6 bahagian :
Ilmu falsafah
|
Penerangan (menurut imam al-ghazali)
|
Ilmu Matematik
|
Berkaitan ilmu hisab dan kejuruteraan. Ilmu ni tak berkaitan dengan
perbahasan dari sudut agama.
|
Ilmu Mantik
|
Berkaitan dengan logik akal dan cara akal sebagai agen penyusun
hujah-hujah yang dikemukakan.
|
Ilmu Fizik
|
Berkaitan kajian alam, langit, bintang-bintang, air, udara dan alam
seluruhnya.
|
Ilmu Ketuhanan
|
Mengkaji aspek ketuhanan dari perspektif akal.
Ilmu ini didasari oleh perbincangan mantik dan logik.
Menurut imam al-ghazali, ilmu ini tersimpang daripada falsafah
ketuhanan yang sebenar.
|
Ilmu Siasah
|
Perkara yang berkaitan dengan unsure-unsur keduniaan yang dapat
membantu manusia menjalani kehidupan seharian dengan lebih baik.
|
Ilmu Akhlak
|
Berkaitan cara seseorang menjalani kehidupan seharian dengan sikap
dan peribadi yang mulia.
|
- Metodologi yang diasaskan oleh Imam al-Ghazali adalah lebih
jelas dan terperinci.
- Karya dalam bidang falsafah :
1.Tahafut al-Falasifah
2.Maqasid al-Falasifah
3.Al-Munqidh min al-Dalal
|
|
- Dalam salah satu penulisannya, Abu Hassan al-Nadawi
menyifatkan Imam al-Ghazali sebagai seorang yang istimewa.
- Imam al-Ghazali berjaya menyelamatkan akidah umat Islam
daripada direntap oleh fahaman falsafah ketuhanan Yunani yang bertentangan
dengan akidah Islam.
- Gelaran Hujjatul Islam (pembela Islam) yang diberikan
kepadanya adalah amat tepat kerana beliau mampu memanfaatkan ilmu yang
dipelajari daripada tokoh-tokoh ulama dan beliau bijak berhujah dengan
mengemukakan pandangan-pandangan yang bernas.
SUMBANGAN IMAM AL-GHAZALI DALAM BIDANG ILMU KALAM
- Beliau telah mengarang begitu banyak penulisan dalam ilmu
kalam. Dalam penulisannya, beliau banyak mematahkan hujah-hujah dari pihak
lawan yang dilihat agak keterlaluan semasa membahaskan isu-isu yang timbul
daripada perbincangan ilmu kalam.
- Ilmu kalam berkembang bagi mempertahankan akidah ahli sunnah.
Sebagaimana yang terdapat dalam al-Irsyad, iaitu salah satu kitab karangan Imam
al-Haramain (guru Imam al-Ghazali)
- Ada disebut dalam sejarah, Imam al-Ghazali tidak menyukai
majlis-majlis perdebatan berkaitan dengan ilmu kalam. Jika dijemput, beliau hanya
berdebat menggunakan metadologi Rasulullah s.a.w dan para sahabat dengan
berpaksikan al-Quran dan sunnah sahaja. Hal ini kerana beliau berpendapat tanpa
2 sumber utama itu akan menambahkan kerisauan dan kecelaruan dalam masyarakat
pada ketika itu.
- Dalam kitabnya Ihya’ Ulumuddin, ketika membincangkan
berkaitan teori dan konsep ilmu, Imam al-Ghazali tidak meletakkan ilmu kalam
sebagai satu ilmu yang bermanfaat kepada masyarakat. Beliau menganggap sesiapa
yang keterlaluan membincangkan isu-isu berkaitan dengan sifat Allah SWT dan
perbuatan Allah SWT adalah termasuk dalam golongan orang yang melakukan bidaah
di dalam Islam.
- Beliau berkata ilmu kalam tidak bermanfaat kepada manusia
kerana :
- Ilmu ini tersimpang jauh drpd matlamatnya yg utama iaitu
mengenal Allah SWT.
- Perbincangan ahli ilmu kalam terlalu jauh sehingga
menyimpang daripada apa yang dibincangkan oleh para ulama.
SUMBANGAN IMAM AL-GHAZALI DALAM BIDANG TASAWUF
- Apabila menjadi ahli sufi, imam al-Ghazali berusaha
membersihkan taswuf daripada perkara-perkara khurafat dan amalan yang terkeluar
daripada ajaran agama Islam yang sebenar.
- Guru beliau dalam bidang tasawuf : al-Junaid dan al-Muhasibi
- Apabila mengetahui masyarakat melakukan kesalahan dalam
bidang tasawuf, beliau melemparkan kritikan yang bertujuan untuk membetulkan
kesalahan dan menghalang daripada penyelewengan yang boleh mencemarkan
kemurnian Islam.
- Karya termasyhur beliau dalam bidang tasawuf : Ihya’
Ulumuddin
- Telah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu, Parsi, Urdu,
Inggeris dan Perancis.
- Menjadi sumber rujukan para ulama di rantau Alam Melayu.
- Kehadiran kitab ini memberikan implikasi yang besar dalam
pengajian tasawuf
- Imam al-Ghazali telah memurnikan semula ilmu tasawuf
daripada kesesatan dan bidaah.
*Bidaah ialah jalan atau cara yang diikut (diamal) dalam
agama yang tidak diwarisi daripada Rasulullah s.a.w atau sahabat baginda dan
as-Salaf as-Soleh.
Ibnu Khaldun
Latar belakang
|
- Nama sebenar : Abd al-Rahman bin Muhammad bin Khaldun al-Hadrami
- Tempat lahir : Tunisia pada tahun 1332
Ayah Ibnu Khaldun merupakan seorang ulama, ahli bahasa dan pemerintah
angkatan tentera.
Sifat :
- Tekun dalam menuntut ilmu walaupun sibuk dengan tugas pentadbiran.
- Bijak membahagikan masa untuk masyarakat dan menuntut ilmu.
- Kreatif. Karyanya iaitu al-Muqaddimah ialah hasil daripada pengalaman
dan kreativiti beliau untuk mengetengahkan sejarah sebagai bidang ilmu yang
tersendiri.
- Al-Muqaddimah menjadi bahan kajian para sarjana timur dan barat
hingga ke hari ini.
|
Sumbangan Ibnu Khaldun
SUMBANGAN IBNU KHALDUN DALAM BIDANG PENSEJARAHAN
1. Ibnu Khaldun memperluaskan ruang lingkup kajian sejarah dengan
melihat sejarah dalam konteks yang lebih luas, iaitu melalui perubahan-perubahan
sosial yang berlaku dalam sesuatu masyarakat seperti yang diterangkan di
dalam al-Muqaddimah.
|
2. Al-Muqaddimah merupakan karya agung dalam bidang pensejarahan bagi
memahami corak perubahan organisasi politik dan sosioekonomi. Karya beliau
memberikan suatu konsep sejarah yang merangkumi keseluruhan kegiatan manusia.
|
3. Karya ini memaparkan suatu prinsip asas dalam pengkajian sejarah,
iaitu hukum-hukum yang menguasai proses perubahan-perubahan sesuatu
masyarakat manusia seperti hubungan antara sebab dan akibat.
|
4. Mengikut konsepsi sejarah Ibnu Khaldun, ruang lingkup sejarah telah
diperluaskan. Motif dan cita-cita seorang individu haruslah dikaji dengan
sifat dan keadaan social yang dipengaruhi oleh persekitarannya. Ini bermaksud
ruang lingkup sejarah merangkumi aspek-aspek geografi dan sosiologi.
|
5. Sumbangan Ibnu Khaldun
dalam bidang teori dan pendekatan
sejarah semakin jelas apabila ia memperkenalkan konsep pendekatan
multidisciplinary dengan kajian sejarah dibantu oleh sosiologi dan geografi.
Oleh sebab itu, Ibnu Khaldun dianggap sebagai pengasas pensejarahan dan
sosiologi moden.
|
6. Beliau merupakan ahli sejarah pertama mengkaji segala aspek kehidupan
sosial orang Islam dan melihat sejarahnya daripada perspektif sosiologi
masyarakat yang dapat memberikan keterangan-keterangan yang relevan kepada
semua tindakan sosial manusia. Hal ini menunjukkan kepentingan sikap kritis
yang Berjaya menggabungkan pelbagai disiplin dalam pengkajian sejarah.
|
7. Ibnu Khaldun diiktiraf oleh pengkaji dan pemikir sebagai tokoh
sarjana dan sejarawan yang mengatasi sejarawan terkenal sebelumnya seperti
al-Tabari dan al-Mas’udi. Teori pensejarahan Ibnu Khaldun dikembangkan oleh
ahli sejarah Barat melalui penterjemahan al-Muqaddimah.
|
|
SUMBANGAN IBNU KHALDUN DALAM BIDANG KEBUDAYAAN
- Ibnu Khaldun merupakan seorang penggiat budaya &
kesusasteraan Arab. Beliau berguru dengan Syeikh Muhammad Bahr di Tunisia bagi
menajamkan kemahiran bersyairnya
- Banyak hasilkan syair sejak kanak-kanak lagi.
- Kemahiran terserlah apabila beliau berbahas mengenai syair
Arab dalam kitab al-Muqaddimah.
SUMBANGAN IBNU KHALDUN DALAM BIDANG ILMU DAN PEMIKIRAN ISLAM
- Ibnu khaldun banyak meninggalkan sumbangan yang bernilai
kepada tamadun manusia. Beliau berpendapat bahawa sesebuah tamadun tertegak di
atas hasil kombinasi antara keunggulan rohani dan jasmani.
- Beliau merupakan pelopor kepada pemikiran-pemikiran moden
khususnya dalam bidang sejarah, politik, ekonomi, sosiologi dan pendidikan.
- Kejayaan Ibnu Khaldun mendorong para sarjana mengiktiraf
karya beliau sebagai bahan kajian dan rujukan dalam bidang-bidang tersebut.
- Sanjungan terhadap beliau berterusan hingga ke hari ini.
Pemikiran beliau sering dijadikan wacana, tema-tema seminar, bengkel dan
persidangan ilmiah serta judul-judul buku dan tesis pada peringkat pengajian
tinggi.
- Sebuah anugerah ilmiah yang berprestij dinamakan sempena
nama beliau, iaitu The Khaldun Chair of Islamic Studies di Universiti Amerika,
Washington DC. Nama Ibnu Khaldun diabadikan di sebuah universiti terkemuka di
Jakarta, Indonesia iaitu Universiti Ibnu Khaldun.
SUMBANGAN IBNU KHALDUN DALAM BIDANG EKONOMI