Pages

Thursday, January 2, 2014

Analisis Kesalahan Bahasa

hari ni aku belajar pasal Analisis Kesalahan Bahasa. benda ni memang penting sebab soalan jenis macam ni akan keluar masa stpm sem 2 nanti.

nanti dia akan kasi satu petikan, lepastu kita kena baca petikan tu thoroughly. lepastu kita kena pastikan 3 kesalahan tatabahasa lepastu masukkan dalam jadual (yang kita kena bina sendiri). pastikan korang senaraikan 3 SAHAJA KESALAHAN OKAY!!!

sebab cikgu aku kata stpm sistem baharu ni, pemeriksa HANYA akan semak jawapan 3 teratas je. kalau sistem dulu, cikgu aku kata hangpa lantak la letak banyak banyak jawapan pun... pemeriksa akan cari tang mana yang dapat markah paling banyak. ha yang tu la yang dia jadikan markah kita.

tapi kini tidak ya kawan-kawan.

ha okay, jadual tu rupa dia macam ni :

Kesalahan
Sebab
Pembetulan
1.      Kertas kerja – kertas kerja …
Kata majmuk belum mantap apabila digandakan, hanya perkataan pertama diulang.
Kertas – kertas kerja …
2.      … mengusahakan dengan bertungkus lumus…
Kata kerja transitif perlu ada objek selepasnya.
…mengusahakan tanah dengan bertungkus lumus …
3.      …di era kemajuan …
Perkataan “di” digunakan sebelum tempat. Era ialah masa. Oleh itu, perkataan yang sesuai digunakan adalah “pada”
…pada era kemajuan …


cara mudah nak buat analisis kesalahan bahasa ni, cikgu aku kata :
  1. of course la kena tahu tatabahasa. korang akan belajar, don't worry.
  2. kalau nak tahu sebab, mula-mula kita kena kenal pasti apa golongan kata / bentuk kata sesuatu perkataan itu. macam kat atas, uolls boleh nampak dalam sebab tu mesti ada je perkataan transitif la, aktif la apa apa la. haa jangan risau, korang akan belajar balik semua benda-benda tu.
okay tu je la setakat yang aku belajar hari ni.

p/s : apa beza ialah dan adalah ?
ialah + kata nama / frasa nama
adalah + kata adjektif / kata sendi / frasa adjektif / frasa sendi

No comments:

Post a Comment