Pages

Sunday, January 12, 2014

Dasar-dasar Pembangunan Negara

Assalamualaikum. aku kena buat nota ni tapi aku rasa macam berguna jugak boh dekat blog ni. nanti orang lain boleh amek manfaatnya ye dok?? insya-Allah :-D

nota ni nampak pelik sikit sebab aku buat dekat microsoft word pastu paste kat blog ni tetiba jadi pelik bangettt. takpe ah, isinya yang penting kan??

3.1 Perancangan Pembangunan Negara
·        Pembangunan negara dirancang melalui:

o   Rangka Rancangan Jangka Panjang (RRJP) / Pelan Rangka Perspektif (OPP)
-        Menetapkan teras dalam agenda pembangunan negara dalam jangka masa panjang
-        Eg. RRJP1/OPP1 (1971-1990), RRJP2/OPP2 (1991-2000), RRJP3/OPP3 (2001-2010)

o   Perancangan Jangka Sederhana / Rancangan Malaysia 5 Tahun (RMLT)
-        Pelan pembangunan lima tahun.
-        Dirumus berdasarkan rangka kerja yang ditetapkan oleh Pelan Rangka Perspektif.
-        Eg. Rancangan Malaysia Kesepuluh (2011-2015), Rancangan Malaysia Kesembilan (2006-2010).
-        Penyemakan semula pertengahan penggal (MTR) dijalankan pada pertengahan kitaran RMLT untuk menyemak semula polisi makroekonomi, sektor dan strategi serta membuat pelarasan jika perlu.

o   Perancangan jangka pendek / Bajet tahunan
-        Dijalankan oleh Kementerian Kewangan selaras dengan penyediaan bajet tahunan.
-        Ditentukan oleh Unit Perancangan Ekonomi (UPE)
-        Mengambil pertimbangan terhadap pandangan sektor swasta dan agensi pusat yang lain melalui dialog bajet.

·         Rumusan dasar dan rancangan pembangunan negara
o   Rancangan-rancangan dibuat sesuai dengan keadaan sosio-ekonomi, politik semasa & dasar-dasar pembanguna negara.
o   Kerajaan akan menetapkan dasar dan strategi yang menentukan hala tuju pembangunan negara dalam tempoh 5 tahun.
o   Berasaskan dasar-dasar RMLT tersebut, semua kementerian/jabatan akan :
-        Merancang
-        Melaksanakan program-program dan projek-projek pembangunan yang memenuhi objektif yang ditetapkan

3.1.1 Dasar Ekonomi Baru (1970 - 1990)

§Dasar Ekonomi Baru (DEB) ialah program 20 tahun (1970 – 1990)
§  Dilancarkan semasa Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975)
§  Dilancarkan untuk membetulkan ketidakseimbangan sosioekonomi yang wujud antara kaum, wilayah, dan kawasan di Malaysia.
§  Matlamat : mewujudkan perpaduan negara dengan mengurangkan perbezaan ekonomi, sosial, kebudayaan, penempatan dan sebagainya.
§  Rancangan-rancangan pembangunan di bawah DEB disusun dan dijalankan menerusi strategi serampang dua mata :
1.      Membasmi kemiskinan dengan memperbanyakkan peluang2 pekerjaan kepada semua rakyat
2.      Penyusunan semua masyarakat untuk menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi.
§  Strategi :
1.      Memajukan kawasan luar bandar melalui pembangunan wilayah baru seperti DARA, KEJORA, dan JENGKA.
2.      Menubuhkan agensi2 seperti Permodalan Nasional Berhad (PNB), Majlis Amanah Rakyat (MARA), Bank Rakyat dan Bank Pertanian.

3.1.2 Dasar Pembangunan Nasional (DPN)

  • DPN ganti DEB, namun masih mengekalkan strategi asas DEB iaitu :
  • Pembasmian kemiskinan & penyusunan semula masyarakat
  • Terkandung dalam rangka asas Rangka Rancangan Jangka Panjang ke-2
  • Tempoh pelaksanaan adalah dari tahun 1991 – 2000
  • Matlamat : mewujudkan pembangunan seimbang bagi melahirkan masyarakat yang bersatu padu dan adil

·         Objektif :
1.      Mewujudkan keseimbangan optimum pertumbuhan ekonomi dan pengagihan yang saksama
2.      Menghapuskan ketidakadilan sosioekonomi
3.      Mewujudkan integrasi nasional
4.      Melahirkan masyarakat yg progresif, sejahtera & bernilai positif
5.      Menjadikan sains dan teknologi teras pembangunan sosioekonomi
6.      Menggalakkan perlindungan alam sekitar
·         Strategi :
1.      Mewujudkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB)
2.      Membabitkan sektor swasta dalam proses penyusunan masyarakat
3.      Mengurangkan kemiskinan relatif

3.1.3 Dasar Wawasan Negara (DWN)

Ø  DWN menggabungkan teras kritikal dasar pembangunan yang lepas, iaitu Dasar Ekonomi Baru dan Pembangunan Nasional dengan objektif utama untuk mencapai perpaduan nasional.
Ø  DWN juga mahu mengatasi kemiskinan tanpa mengira kaum, penyusunan semula masyarakat dan pembangunan yang seimbang menjadi strategi utama.
Ø  DWN juga berpandu kepada strategik Wawasan 2020 yg menyediakan hala tuju kepada Malaysia untuk menjadi negara maju sepenuhnya pada 2020.
Ø  Bagi menangani cabaran-cabaran dalam Wawasan 2020, penekanan akan diberikan untuk membina negara yang berdaya tahan dan masyarakat yang bersatu padu
Ø  Bagi merealisasikan objektif ini, DWN merangkumi teras kritikal seperti berikut:
·         Membina bangsa yang berdaya tahan
·         Mewujudkan masyarakat yang saksama melalui pembasmian kemiskinan dan pengurangan ketidakseimbangan dalam kalangan kumpulan etnik serta wilayah
·         Mengekalkan pertumbuhan ekonomi yang tinggi
·         Meningkatkan daya saing dalam penghasilan barangan dan perkhidmatan untuk menghadapi cabaran globalisasi dan liberalisasi
·         Membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan
·         Mengukuhkan pembangunan sumber manusia untuk menghasilkan tenaga kerja yang produktif
·         Meneruskan pembangunan alam sekitar yang mampan

3.1.4 Dasar Transformasi Negara
3.1.4.1 Model Baru Ekonomi (MBE)

·         Dasar Transformasi Kerajaan (DTK) mahu memacu Malaysia menjadi negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Prinsip utama MBE :

·         Ekonomi Berpendapatan Tinggi- Menyasarkan pendapatan perkapita rakyat sebanyak AS$15,OOO-AS$20,000 melalui beberapa langkah
  
  • Tidak bergantung kepada tenaga buruh asing yang tidak berkemahiran dan memberi peluang kepada rakyat tempatan yang lebih berkemahiran dan tingkatkan produktiviti.
  • Mewujudkan upah yg lebih tinggi bagi meningkatkan produktiviti penggunaan kemahiran dan berinovasi.
  • Penjenamaan yg kukuh dan mematuhi piawaian antarabangsa dan hak harta intelektual.
  • Ekonomi yang berasaskan pengetahuan.
  • Pelaburan dalam teknologi baru, kemahiran yang pelbagai.
  • Berinovasi dan kreativiti.
  • Peningkatan kompetensi menjadi emacu kepada sector awam dan swasta.
  • Pekerja kolar biru juga akan diberi upah berdasarkan peningkatan kompetensi yg mereka miliki dan prestasi mereka diukur berdasarkan tanda aras pesaing antarabangsa.
  • Kemampanan - memenuhi keperluan semasa tanpa menjejaskan generasi akan datang dengan mengambil kira:


  1. Mengekalkan ekosistem yg stabil dan berkualiti biarpun mencapai status negara maju
  2. Kesan pembangunan ekonomi ke atas persekitaran alam sekitar dan penggunaan asli yang mapan.
  3. Nilai murni masyarakat perlu dikekalkan untuk generasi akan datang.
  • Keterangkuman (inclusive) – Bagi membolehkan semua komuniti menikmati kekayaan negara sepenuhnya untuk janka panjang, ia perlu:
  1. Penyertaan menyeluruh merupakan prasyarat utama bagi memupuk semangat kekitaan dan permuafakatan dalam MBE.
  2. Penyertaan bersama mampu mengurangkan jurang ketidaksamaan.
  3. Mampu membantu yg memerlukan dan berkebolehan dalam usaha melahirkan tenaga kerja yg berdaya saing.
  • MBE merupakan satu Program Transformasi Ekonomi yg menjadi pemacu utama negara mencapai Wawasan 2020 dan digerakkan atas landasan transformasi ekonomi, sosial dan perkhidmatan awam dengan berlandaskan 4 tonggak utama iaitu:
-          Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan
-          Program Transformasi Kerajaaan
-          Rancangan Malaysia kesepuluh (RMK-10) (2011-2015)
  • Bagi memastikan Malaysia terus berdaya saing dalam peringkat global, ekonomi negara pada tahun 2020 akan berpandukan:
-          Pasaran
-          Memiliki tadbir urus yg baik
-          Berintegrasi Serantau
-          Ekonomi Berpendapatan Tinggi
-          Mapan
-          Penyertaan menyeluruh semua golongan rakyat
-          Semua rakyat akan dapat menikmati kemakmuran bersama        
  • MBE menggariskan 8 inisiatif pembaharuan strategik iaitu:

-          Menyuburkan kembali peranan sektor swasta untuk menerajui pertumbuhan ekonomi
-          Membangunkan tenaga kerja yang berkualiti dan mengurangkan mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing
-          Mewujudkan ekonomi domestic yg berdaya saing
-          Memperkukuhkan sektor awam
-          Melaksanakan tindakan alternatif yang telus dan mesra pasaran
-          Membina infrastuktur yang berasaskan pengetahuan
-          Meningkatkan sumber pertumbuhan
-          Memastikan pertumbuhan yang mapan
  • MBE adalah satu pelan tindakan transformasi ekonomi negara untuk Malaysia menjadi sebuah ekonomi negara berpendapatan tinggi, mengambil kira peningkatan kualiti hidup masyarakat, pemeliharaan alam sekitar, dan sumber asli secara mapan serta berterusan dalam meningkatkan pendapatan rakyat dan negara umum untuk mencapai status negara maju dan Wawasan 2020























No comments:

Post a Comment