Pages

Thursday, January 9, 2014

Isu Makroekonomi

Kadar inflasi
nak kira kadar, kadar semua ni senang je. IHP baharu - IHP lama. jumlahnya, bahagi dengan IHP lama. lepastu darab dengan 100 untuk dapatkan %. sebab kalau kadar kan ada %


Ayunan ekonomi / Kitaran perusahaan


PERHATIAN!!!!

  • lompang-lompang pelempang ini mesti dikecilkan.
  • tapi lagi bagus hapuskan terus la dan capai tahap GTP (Guna Tenaga Penuh) (tahap di mana, semua faktor pengeluaran digunakan dengan sepenuhnya)
  • KNK (Keluaran Negara Kasar) (negara lembut takde? hahaha ha k.)
  • KNK Potensi = boleh capai. tanah semua digunakan. semua orang pergi kerja. dapat 9A dalam spm.
  • KNK Sebenar = perkara sebenar yang berlaku. dapat 4A je dalam spm (sindir sindir hahaha)
lepastu cikgu aku kata, kalau kita dah faham rajah/graf. confirm kita boleh jawab soalan. dari pengalaman aku dari semester 1, haa betul la apa cikgu aku cakap tu.

inflasi = KNK Sebenar - KNK Potensi
KNK sebenar duduk melebihi KNK potensi (boleh tau dengan tengok rajah je)

deflasi = KNK Potensi - KNK Sebenar
KNK sebenar duduk bawah KNK potensi

GTP = KNK pontesi = KNK sebenar
bila gtp ni berlaku, TAK BOLEH naik gaji, tak boleh tambah pengeluaran. sebab? sebab semua faktor pengeluaran dah digunakan sepenuhnya. jadi nak naikkan gaji guna apa? air liur?

tapi of course lah, manusia memang tak pernah puas. bila dah gtp. dorang akan mintak lagi, mintak lagi padahal permintaan mereka tu tak boleh ditunaikan. 
so, kerajaan pun naikkan harga untuk buat orang tak mampu nak mintak. gituu. tapi bila dah naik harga ni, tetiba terlebih lebih pulak.. jadilah inflasi.

cara kurangkan inflasi

  • buat orang tak beli barang
  • bank buat tabungan
cara kurangkan deflasi
  • suruh orang shopping
  • buat discount
Pengangguran 

orang selalu kata penganggur ni yang tak kerja, malas etc. NO! jawapan dia, penganggur ni orang yang ada kelayakan dan mencari pekerjaan tapi tak dapat kerja. jadi, pengangguran ialah jumlah tenaga buruh yang tidak melakukan sebarang kegiatan ekonomi tetapi aktif mencari pekerjaan.

pengangguran ni kena tangani sebab kita nak GTP! apa itu GTP? gtp ialah suatu keadaan bila semua faktor pengeluaran digunakan sepenuhnya dengan sempurna. bila dapat gtp ni, kira bagus lerr..

cikgu aku kata, umur 15 sampai 64 ialah umur bekerja. jadi kalau ada ahli keluarga korang yang duduk melanguk kat rumah tak buat apa-apa, korang kena suruh dorang kerja. kata kat dorang "kau lah penyebab negara ni tak mencapai gtp"

Imbangan pembayaran

imbangan pembayaran ni ada 2. satu imbangan pembayaran negatif, kedua imbangan pembayaran positif. 

okay citer dia macam ni. malaysia ada buat deal dengan china. malaysia import sutera dari china dan china pulak import batik dari malaysia (contoh jeee). tup tupppp, bila dicheck balik. malaysia import lagi banyak sutera daripada china import batik. kiranya, duit keluar lagi banyak dari duit masuk. so, maksudnya imbangan negatif!!

imbangan negatif ni tak bagus. imbangan seimbang pun tak bagus sebab kalau bolehhhh, mestilah kita nak duit masuk lagi banyak dari duit keluar kan ye idok. 


No comments:

Post a Comment